Belum pulang ke tanah air, Allah menguji kita. Dan kita sudah bergetar lutut. Mula goyah hati. Tak tahu ke mana hilangnya semangat yang pernah kita sautkan kepada yang ramai.
Jika kita di beri gula-gula, dengan satu ayat kata-kata Allah. Maka secara teorinya kita sudah tahu jawapannya, kita memilih satu kata-kata Allah. Namun, jika Allah bentangkan seluas-luasnya jalan jihadNya, kita mula memandang gula-gula itu. Bukan kah kita tahu teorinya, maka kenapa practicalnya, kita mengalihkan pandangan. Mengapakah hati kita berbolak balik dan kita melayan perasaan bolak balik itu? Kerana sebiji gula-gula. Wa nauzubillah.
Jihad ini bukanlah suatu kisah Cinderella.
Jihad ini perlukan pengorbanan,
jihad ini juga suatu obsessi,
jihad ini menampakkan kita dengan susur galur dunia yang menipu,
jihad ini membuatkan kita seringkali menangis seringkali juga tersenyum,
jihad ini membuatkan kita merasai rasa takut menjaga taqwa kita,
jihad ini membuatkan kita sering tinggalkan rumah,
jihad ini membuatkan kita banyak muhasabah diri,
jihad ini mengajar kita, mengajar untuk bermujahadatun nafsi!
Maka benar kata-kata Allah, jalan yang beruntung adalah jalan berjihad di jalan Allah.
Mengapa kita bergetar lutut memikirkan gula-gula itu? Wa nauzubillah.
Kita adalah khalifah Allah, kita ada tanggungjawabnya kepada Allah.
Kita pun ada tanggungjawabnya dengan manusia.
Kita ada tangungjawab yang perlu dua-duanya kita laksanakan.
Jika ianya bertentangan, maka pilihlah, tunailah tanggungjawab kepada Allah.
Kerana Allah tidak hadirkan ujian itu untuk suka-suka kita untuk kita menilai persahabatan kita antara dia,
Allah tak hadirkan ujian itu untuk kita menghargai persahabatan yang telah lama di bina,
Allah tidak menghadirkan ujian itu untuk kita lebihkan tanggungjawab manusia lebih drpd tanggungjawab kepada Pencipta kita.
Allah hadirkan ujian itu untuk menunjukkan jalan kepada siapa yang lebih kita lebihkan.
Allah hadirkan ujian itu untuk menyatakan bahawa jihad ini memerlukan kesanggupan kita daripada keterpaksaan kita.
Allah hadirkan ujian ini untuk sedarkan bahawa lebih banyak yang di sana menanti kehadapan yang lebih memerlukan kita lebih jelas dengan fikrah pengorbanan itu.
Maka kenapa kita masih ragu dengan gula-gula itu? wana'uzubillah.
Antunna,
jawapan pada persoalan kita tidak penting, kerana sesungguhnya Allah telah tahu jawapannya,
kerana Allah hadirkan persoalan ini di hati kita supaya kita muhasabah diri pada siapa yang kita sepatutnya lebih-lebihkan,
pada siapa yang harus kita tunaikan,
kepada siapa yang kita harus utamakan.
Kita tak perlu tahu pada jawapannya, dunia atau akhirat, mana yang kita lebihkan mana yang kita kurangkan.
Kerana yang kita mahu adalah naikknya kefahaman kita berada di jalannya, naiknya himmah kita untuk lebih kekal di jalannya,
naiknya kesanggupan untuk berkorban di jalannya,
supaya kita boleh disenarai pendekkan untuk menjadi salah seorang shahidnya. Supaya Allah mempunyai sebab memilih kita untuk berada di kalangan para soleh, malah jika betul usaha dan niat kita,
mungkin juga kita berada di sebelah kamar nabi di syurga nanti, *jauh impian, maka kuatkanlah diri berkorban*
Akhir kata, menyertai tarbiyyah itu suatu perjuangan, menghadiri tarbiyyah itu suatu jihad. InsyaAllah~
No comments:
Post a Comment