Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Aku bersyukuri dengan segala nikmat yang di rasai. Setiap detik nafas hidayah ini memberi satu hidup yang baru. Hidup mengenal lurus-liku hidup dan naik jatuh kehidupan tetapi masih tersenyum kerana tahu setiap detik 'aku sedang di beri perhatian' Thank you Ya Rabb'.
Hidup di jalan dakwah dan tarbiyyah seperti ingin melayangkan layang-layang. Jika angin kuat, semakin kuat tali ditarik, semakin gagah kita berlari bertentang angin. Jika kita berputus asa dan menghentikan larian, maka jatuhlah layang-layang itu menghempas tanah. Tersungkur. Mati.
Sebaliknya, jika kita gigih berlari selepas layang-layang jatuh tersungkur beberapa kali, maka layang-layang kita akan berdiri megah mencecah langit. Dan di waktu itu kita akan gembira, lupa segala keringat yang di beri. Tersenyum megah melihat langit. Dan di waktu itu, hati kita berbisik 'Thank You Ya Rabb'.
Merasai kasih sayang dan kekuatan ukhwah adalah satu nikmat Allah yang di beri. Segala pahit getir, simpang siur perhubungan di buang jauh-jauh untuk pastikan kita terus berjalan dan tsabat di jalanNya. Segala kenangan manis, akan terus terpaku di hati. Supaya kenangan itu sentiasa diulang-ulang kembali, menyegarkan segala ingatan. Dan di kala itu, kita tahu bahawa air mata kegembiraan yang pernah menitis di jalan ini adalah seperti satu titis kecil nikmat dunia. Dan tiada kata lain melainkan 'Thank you Ya Rabb'.
Di kala air mata sedang menangis mengingatkan kembali debu kejahilan yang pernah di buat, di kala taubat sering di mungkiri, di kala filem dosa sering di mainkan di kotak ingatan, di kala tersungkur jatuh. Tiada lain yang menolong, hanya Dia yang sentiasa di hati. Sentiasa mengejar seribu kali lebih cepat. Sentiasa hadir di hati mengetuk pintu hati mengatakan bahawa kita dimaafkan, kita tidak akan rasa sunyi selagi nadi belum berhenti. Dan bisikan hati membisikkan 'Thank You Ya Rabb'.
Aku memandang mereka di sana. Hatta terdetik di sudut hati, dunia memang pentas permainan, yang di cari hanyalah kenikmatan dunia. Lagi di kejar lagi dunia lari. Berlari sehingga kita lupakan misi kita di dunia. Makanya adakah kita mula matang dengan bentuk tipu daya dunia. Ya. Dunia ini menipu dengan penuh halus. Semakin kita seronok dengan dunia, semakin kanak-kanak kita, akibat terpisah dengan sejarah manusia lampau. Mereka apabila di zaman kanak-kanak, mula memikirkan rasa obses dengan dakwah dan tarbiyyah.
Mohon Allah kuatkan aku di jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Aku ingin membuktikan kepadaMu bahawa memilihku untuk mendapat sinar taufikMu, bukanlah satu kesilapan. 'Thank You Ya Rabb'
No comments:
Post a Comment