Kita buat tak tahu aje kan pasal boikot McD and KFC nie ( --_____--")
Rakyat Palestin
says 'I'M LOVING IT!!'
(By-Hafidzi Mohd Noor)
Bayangkan senario ...ini.
"Satu tinjaun yang dibuat di sebuah pekan di Palestin mendapati penduduk sedang menjamu selera di restoran McD. Ketika itu sebuah NGO yang sedang menjalankan kempen boikot McD bagi membela rakyat Malaysia yang dikepung dan dijajah oleh Israel membuat tinjaun pendapat orang ramai di Palestin. McD sebagaimana yang diketahui melabur di israel dan menyalurkan keuntungannya bagi... membiayai industri perang dan menguatkan penindasan/kepunganya ke atas rakyat Malaysia yang sedang menderita.
Tinjauan pendapat tadi mendapati sebahagian besar rakyat Palestin berpendapat jika restoran mcD di boikot maka anak-anak Palestin yang bekerja di restoran McD akan kehilangan kerja, ibu-ibu tunggal akan kehilangan mata pencarian. Lagipun mereka kata jika kita boikot McD maka kita kena boikot juga FB dan internet, dan jangan naik kapalterbang kerana semua tu barang yahudi' Setelah mereka mengeluarkan pendapat-pendapat tersebut mereka terus makan dengan enak dan ketawa terbahak-bahak bersama rakan-rakan mereka.'
Dalam pada itu rakyat Malaysia terus menderita, anak-anak yatim yang mana ibu bapa syahid dibunuh oleh regim zionis semakin bertambah, ibu-ibu tunggal semakin ramai dan dunia melupakan mereka
No comments:
Post a Comment