Thursday, August 4, 2011

Soal tabarruj......itu

Apabila berkata tentang soal tabarruj itu, tiadalah ilmu untuk di perkatakan. Lalu entry ini lebih kepada bicara hati sendiri dan pendapat rohani, maka mungkin ianya juga akan di persoalkan kerana hal ini datang dari hati ini, bukan ilmu yang telah di dalami.


Teringat nafas hidayah pada awal tahun ini, perkara pertama yang di buat adalah menukar penampilan, membeli 4 skirt dengan tekad untuk memakainya, membeli baju labuh beberapa helai untuk memakainya nanti di bumi kanggaroo ini. Juga mula mencari inner untuk di pakai sebagai pelindung leher untuk tudung bawal yang sememangnya jarang. Berubah luar mungkin kerana daging hati ini tekad. Mungkin juga kerana diri ini faham bahawa apa tuntutan Allah terhadap seorang wanita Islam, maka di lipat nya jeans yang ketat2 itu dan di masukkan kedalam almari sedalam-dalamnya. Di sangkutkan baju-baju yang bunganya berlebihan untuk di pakai dan yang mana jarang di masukkan di dalam wardrobe. Yang mana tangan tiga suku, di masukkan kedalam almari, di gantung di situ, supaya ianya di tinggal di situ seorang diri.  


Maka yang ada hanyalah beberapa baju labuh dan skirts, juga baju kurung. KOSONG. ini bukan almari saya. ***negh3*****Hanya SENYUM~



Suatu hari, seorang rakan datang berkata bahawa fashion saya ini agak kolot dan penampilan seperti seorang mak cik. Rasanya cukup bersih dan kemas. Hurmm... Gelak sahaja, dalam hati sedih la jugak ^^*****kehkehkeh*** kerana sekurang-kurangnya aku berasa selesa berpakaian sebegini. Jika dahulu, mungkin T-SHIRT dan jeans jadi balutan auratku, maka sekarang biarlah baju labuh dan skirt menutup auratku.


Di biarkan hati ini berlapang dada dengan apa yang orang lain pandang.


Yang penting Allah tahu kenapa saya pilih berpakaian sebegini, hanya untuk menjadi kalangan mereka yang akan selamat nanti di akhirat. InsyaAllah, berdoa sekuat-kuatnya untuk tsabat di jalan ini. InsyaAllah


Sejak dari itu, mula berhati-hati dengan berpakaian, mula jelas kenapa aku berpakaian seperti ini, mengapa rasa kekok untuk berseluar lagi. Terima kasih kepada si Dia yang bertanya, jika tidak, aku tidak jelas dengan diri sendiri. Alhamdulillah~


Selepas dari itu juga, aku berhati-hati dalam memilih pakaian, 
supaya ianya tidaklah terlalu menarik perhatian,
 tidaklah pakaian aku menjadi bualan orang lain,
 supaya pakaian ini tidak menimbulkan rasa riak ingin di puji, 
supaya pakaian ini tidaklah akan membuat banyak mata lain memandangku.
 Supaya aurat ini di tutup, bukan di balut.

Dengan baju yang limited, skirt yang berulang, dan terpaksalah memakainya berulang kali, ramai mata yang mesti jemu melihatku memakai pakaian yang sama, tidak berubah fashionnya untuk hampir setahun lamanya.

Dan satu hari bersama dengan rakan yang belum mendapat nafas hidayah ini pernah berpesan kepadaku bahawa seorang cikgu hendaklah berpakaian lawa dan berseri dan juga boleh menarik perhatian anak-anak muridnya yang lain untuk belajar. 

Aku hanya mendengar. kerana apa yang aku fikir adalah lain dari itu, apakah kita bakal guru akan menarik perhatian anak murid hanya dengan memakai pakaian yang menarik dan cantik dan boleh menarik pandangan-pandangan lain selain anak murid? 

Adakah dengan memakai baju yang cantik dan selalu berubah-ubah dan kononnya tidak akan memboringkan anak murid, menjaminkan mereka dapat belajar dengan jayanya? Adakah itu alasan yang kukuh?
Mungkin niat kita baik tetapi bukanlah menghalalkan cara untuk bertabarruj. Cukuplah sekiranya ianya kemas, dan bersih, cukuplah ia menjadi tutupan aurat ku, tak perlulah ia menarik pandangan lain, kerana aku hanya menjalankan tanggungjawabku dengan Yang Haq, bukanlah untuk makhluk yg sama.

Aku juga seronok untuk berpakaian cantik, bertumit tinggi, berpakaian ketat suatu ketika dulu. Setuju sangat kerana aku hanyalah perempuan biasa, suka akan kecantikan, suka akan di puji, oleh itu di kala ini, di saat ini, aku sangat jelas bahawa dunia sekeliling aku ini hanyalah ujian, dan aku mahu mengambil banyak pahala daripada ujian itu. Maka, dalam doaku setiap hari, supaya aku kuat di jalan ini, supaya di jauhkan untuk menghadapi situasi yang tanpa aku sedari bahawa aku telah berubah, tanpa aku sedari aku telah menjadi aku yang dulu.

Aku sangat berpegang kepada kata-kata ini:

"Jika kita tidak mengubah, kita yang akan berubah kerana kebenaran dan kejahilan itu jelas" 

Aku juga mempunyai banyak kawan yang mana dahulunya adalah perempuan-perempuan agung tetapi kerana lupa bahawa dunia ini seronok, dan mereka juga di ubah. Aku juga mempunyai banyak kawan yang mana dulunya adalah perempuan yang tidak menghiraukan bab2 aurat tetapi kerana hati mereka sedar bahawa dunia ini adalah ujian semata-mata, dan mereka juga berubah dan mengubah. Alhamdulillah~

Soal tabarruj itu menjadi complex kerana ianya sangat subjektif. Orang arab contohnya, jika di beri pakai baju kurung Malaysia, mesti dengan segan silunya mahu berjalan di luar rumah kerana banyak sungguh pokok yang menjalar di atas kain. ngeh3~

Dan orang perempaun melayu secara genaralnya, jika dipakai jubah hitam, beserta tudung yang hitam dan kosong maka gelaplah dunia. Di rasakan tidak berseri lagi hari itu.

tabarruj itu very subjective.

Saya mungkin rasa cara pemakaian tudung seseorang itu berlebih-lebihan jika ambil kisah warnanya, cara pemakaiannya, cara lipatannya, cara pin tudungnya di pin. Tapi mungkin si pemakai itu tidak merasa mereka  berlebih lebihan dalam memakai tudung.

Siapa tahu.

Yang penting, cuba tanya niat, apa niat hati ingin memakai tudung yang cantik, elegant, lawa, atau kemas atau fikirkan soalan ini....

boleh tak tudung yang di pakai itu dapat menarik perhatian atau pandangan lelaki lalu boleh menimbulkan niat di hati mereka?

tepuk dada tanya iman~





No comments:

Post a Comment