Seorang anak gadis itu hanya memerhatikan dengan kaca mata bayi apa warna yang di conteng di kain putihnya. Tidak mempunyai apa-apa tanggapan. Hanya di dunia kanak-kanak, penuh dengan mainan.
Seorang gadis sunti itu melihat dunia dengan kaca mata anak sulung, betapa susahnya kedua orang tuanya memeras tenaga untuk sesuap nasi demi adik-adik yang lain. Tiada pilihan, "...aku yang perlu belajar, aku yang perlu mengalah menolong ayah dan emak..."
Seorang isteri itu melihat kegembiraan di hadapan anak mata suaminya, melayari bahtera keluarga. Manis dan duri akan di tempuh bersama.
Seorang anak yang sudah dewasa menangis apabila melihat kedua-dua orang tuanya pergi mengadap Ilahi. Apa yang di harapnya adalah doa dan berkat hidup selama beliau berada dengan mereka. Semoga mereka berjumpa di syurga.
Seorang emak itu memendam seribu rasa rindu, takut, gembira apabila anaknya satu persatu meninggalkannya kerana menuntut secebis ilmu.
Seorang wanita tua itu mula takut akan perubahan diri satu demi satu, sedar akan hari senja akan menjelma.
Seorang wanita tua beriman itu sedar akan hari berjumpa Tuan PenciptaNya semakin dekat. Berharap agar sisa-sisa hidupnya di gunakan sebaik mungkin, di harapkan hidupnya sebelum ini telah digunakan sebaik mungkin menjadi terbaik manusia.
Itulah satu kisah pendek layar kehidupan tentang seorang anak perempuan, gadis sunti, sang isteri, seorang perempuan dewasa, seorang emak, bidadari wanita beriman terbaik sebaik manusia.
Maka anak-anaknya, kita tidak punya banyak masa untuk membalas budi wanita ini, maka ambillah masa yang ada untuk mengembirakannya.
Tegurlah diri ini apabila lalai akan mengingati hakikat itu.
mohon share di blog saya
ReplyDelete