Kematangan diri itu hadir apabila sekeping hati itu sedar akan nilai hakikat kehidupan. Bersyukurnya diri, cahaya yang terpancar dari sudut neraca keimanan melihat bahawa dunia ini seperti pentas permainan kanak-kanak. Kita terkejar-kejar akan perhiasan dunia, berlari-lari memenuhi ruang nafsu, berlumba-lumba mengecap keseronokan. Walaupun kita penat dengan corak perubahan lajunya, kita masih menguatkan kayuhan mencapai sasaran.
Hangat. Penat. Ralat.
Ada apa pada dunia sehingga memenatkan orang beriman?
Kerana dunia ini akan mengejar orang beriman itu seperti lembutnya angin bayu. Nyamannya terasa, nikmatnya halus, anginya membuaikan. Tanpa di sedari kerana angin bayu itu kita tertidur lamanya, sehingga melupakan al-kisah pelayaran kapal kita yang tersungkur di tengah laut, tenggelam dek ombak yang deras.
Kerana dunia ini seperti sekuntum bunga mawar. Indah, cantik di pandang, lagi mendekat lagi wangi harumannya. Semakin girang untuk menghampirinya. Sedar akan hakikat batangnya berduri tetapi apakan daya kecantikannya tidak boleh dilepaskan. Kerana ia adalah haruman wangian sekuntum bunga mawar.
Kerana dunia ini seperti masinnya garam. Mengaku masin dan akan tetap masin. Kuat dalam sifat perihalnya. Tidak akan berubah walaupun di jirus air. Walau di gengam seerat-eratnya dengan sebuku tangan, tidaklah hilang warna putih itu, tidaklah hancur rupa bentuknya, tidaklah akan manis rasanya. Kerana ciri-ciri dunia yang masin itu akan tetap teguh.
Itulah dunia, ianya abstrak, susah di ceritakan.
Ianya pepejal, senang di huraikan.
Ianya nyata, tidak memeningkan.
Namun, semua itu membawa mesej yang kabur bahawa, jika lalai mengenal ciri dunia ini, maka tertipulah kita dengan lembutnya angin bayu, cantiknya sekuntum mawar merah, dan masinnya garam.
Dunia owh dunia, dengan sifat ia yang berteka-teki, maka akan penatlah orang beriman menghindarinya. Semoga kita semua menjadi mereka yang berpeluh mengelak angin bayu, mawar merah dan garam itu...walaupun diri ini sentiasa tertipu oleh kekaburan itu.. :'(
No comments:
Post a Comment