Sentap tak tajuk di atas? Secara jujurnya memang akan sentap. Diri ini juga. Sengih. Sebab post ini bertujuankan mengingatkan diri sendiri, tiada yang lain.
Kerana aku lihat aku sendiri banyak kali mengonlinekan diri dan aku lihat mereka yang lain juga begitu. Yang suka menyebarkan itu ini di facebook, update status, baca itu ini. Satu fenomena yang luar biasa apabila anda scrolling down muka buku itu, semua tentang Islam, hadis sana-hadis sini, tegur sana-tegur sini, sedih sana senang sini, semuanya kembali mengingat Allah. Alhamdulillah.
Kita gembira kerana satu gambaran kecil tentang apa itu aura Islam telah berlaku di depan mata, belum lagi aura Islam yang sebenar di hadapan anda, bermakna benarlah kata-kata orang bahawa di zaman ustaziyatul alam abasiyyah itu, para ibu yang keluar akan bercerita tentang Al-Quran! MasyaAllah! Aku kini melihatnya!
Itu secara positifnya, jika kita pandang sebaliknya?
Hurm…..Jika kita berdakwah secara online di rumah,
Siapa yang sebenarnya bekerja?
Siapa yang pergi berhadapan dengan jahiliyyah?
siapa yang pergi bermua’yasha dengan adik2 di luar?
Siapa yang pergi meneman mereka, duduk bertahan bersama dunia kejahilan mereka?
Siapa yang menyebarkan agama-agama Allah di muka bumi Australia?
Siapa yang sedang DF adik2?
Eh DF juga di fb, jangan x tahuuuu…
owh silap diri, silap tanya soalan, Siapa yang hati ke hati mengDF adik2?
Siapa yang menyelami hati-hati nur jahiliyah mereka?
Dan jika kita tak habis update itu-ini, kata itu ini, baca itu ini di muka buku itu,
Siapa yang sedang membaca Al-Quran?
Siapa yang sedang mengkaji Al-Quran?
Siapa yang mengulangkaji ISK untuk masa hadapan?
Siapa yang mengkaji syllabus-syllabus dakwah?
Siapa yang sedang membaca kitab2 yang di tulis para ulama’?
Siapa ep? Eh, siapa lagi, yang beronline lah. Ok <-- Yang itu sentap.
Hai Diri, jika di tanya nanti suatu hari tentang kenapa kita tidak boleh menyampaikan dakwah kepada org ramai, katakan bahawa aku tidak cukup ilmu, tidak cukup masa.
Kerana aku tidak mempunyai masa untuk membuat assignments yang sangat banyak kerana aku sibuk mengpost itu ini di laman muka buku itu.
Kerana aku sibuk membuat dakwah secara online.
Kerana aku sibuk membaca artikel itu ini di facebook.
Sangat penting utk pembangunan ummah.
Hai diri, sedarlah engkau tidak mempunyai banyak masa.
P/s: Diri ini makan cili, dan terasa pedasnya, begitu juga orang yang sedang telan air liur mereka sekarang. Tidak ada kaitan post ini dengan orang yang mengonlinekan diri untuk urusan dakwah di fb kerana updates muharakahnya hanya di FB. Peace no Way! hehehe
No comments:
Post a Comment