Monday, October 3, 2011

Kawan yg ku kenal suatu ketika dulu, Jangan melencong terlalu jauh...

Kawan,
Saban hari kita berkenalan,
kau adalah yang ku kenal.
Suatu ketika dulu.

Yang dulunya tak seperti sekarang, 
adakah dosaku tidak menegur?


Kawan,
Saban hari kita berkenalan,
kau adalah yang ku kenal.
Suatu ketika dulu.

Yang dulunya sangat menjaga batas pergaulan,
adakah kau lupa apa yang di ajar,
walau di sekolah rendah agama?

Kawan,
Saban hari kita berkenalan,
Kau adalah yang ku kenal.
Suatu ketika dulu.

Yang dulunya sangat menjaga solatku,
mudah menegurku apabila salah,
Namun, sekarang adakah kau lupa tentang hal solatmu? :(

Kawan,
Saban hari kita berkenalan,
Kau adalah yang ku kenal.
Suatu ketika dulu.

Yang dulunya sangat menjaga pakaianmu,
namun sekarang pakaian mu melambangkan apa di hati mu,
Hatimu: sakitkah ia?

Kawan,
Saban hari kita berkenalan,
Kau adalah yang ku kenal.
Suatu ketika dulu.

Yang dulunya sangat memahami soal agama,
Namun di mana ia di waktu sekarang,
Adakah jatuh tersungkur di telan kancah dunia yg menipu?

Kawan,
Saban hari kita berkenalan,
Kau adalah yang ku kenal,
Suatu ketika dulu.

Maafkan aku tidak berani untuk menegur secara terang,
bukan enggan melaksanakan nahi mungkar,
Tapi aku takut,
Dengan teguranku kau menjauhi ku.

Oleh itu Kawan,
yang saban hari kita berkenalan,
Kau adalah yang ku kenal,
Suatu ketika dulu.

Janganlah engkau melencong terlalu jauh,
kerana aku percaya suatu ketika nanti,
akan ada seorang untuk membawa cahaya kepadamu,
dan engkau akan ingat kata-kata ku ini,
Bahawa diri ini tidak mampu untuk menegurmu.

Maafkanku...


No comments:

Post a Comment