Mengimbau hari-hari yang lalu...aku bersama mereka.
Sebulan yg lalu, aku bersama mereka juga.
5 bulan yang lalu, aku bersama mereka.
Hari-hari berukhwah.
Hari- hari ku bersama mereka,
tetapi adakah amalan aku terjaga?
Adakah amalan aku meningkat?
Sedangkan aku bersama mereka hari-hari,
tetapi kenapa sudah lamanya tidak lambung?
Astagfirullah~
Kenapa?
Tanya pada diri.
Jika mereka tiada, adakah aku akan tenggelam?
Maknanya aku berada di jalan ini kerana akhawat kah?
Makanya, rasa cinta di jalan ini kerana merekakah?
Makanya di depan mereka, aku tidak akan dengar lagu maksiatkah?
Makanya di depan mereka, aku tidak akan menonton filem kah?
Makanya di depan mereka, aku tidak akan berbual dengan yang mahramkah?
Makanya di depan mereka, aku tidak akan membaca komikkah?
Makanya di depan mereka, aku tambahkan sembahyang sunatkah?
Makanya di depan mereka, aku mengkhusyukkan sembahyang ku kah?
Makanya di depan mereka, aku jaga auratku kah?
Makanya di depan mereka, aku tenangkah?
Makanya di depan mereka, aku hanya bersembang hal-hal dakwah dan fikratunna kah?
Makanya dengan itu,
kononnya aku takut untuk tinggal di dalam bilik bersendiriankah?
Kerana aku tidak bersama mereka?
Makanya, niat kita di jalan ini...
Kerana merekakah?
Ya Rabb, Ya Rabb, Ya Rabb
bimbinglah kami semua.
Kami belum lagi menghirup wangian nafas madu hidayah ini.
suka post awk! xtau nk ckp =)
ReplyDelete