Wednesday, March 16, 2011

satu nikmat dunia adalah makanan.

mari usha gambar2 food yang sempat di jamah di dunia ini...sedap mesti lah sedap, Allah bagi manusia ketajaman akal untuk berfikir, dan capabilities to create~ dan inilah hasil2 nya...


taste like kebab aje, but the presentation ok la~ bab2 penuh satu pinggan nie mmg ramai orang suka =)

opss siapa di sana? bukan saya, fillah sweet saya ^^, puas hati =D

Scones first time buat, x brape jadik, umm tiada =( 
second time bru ok =)

tetibe aje, sje rindu arwah pokok, blek2 malaysia sudah tiada pokok ini =(

mee likat beserta fish fingers, buat cincai tapi tetibe terase bleh than erk fish fingers sini~

caramel for miss NJ's birthday =)
untuk tetamu di rumah, caramel coklat, sngt sedap ye di situ~

lasagna yg merbahayakan kesihatan jantung anda, dan juga saya

home made bun~

kempunan nasi briyani, jadik la juga tapi terlebih pedas laaa~

ini yg paling sedappp, char keow tiaw, sedap di makan malam2 bersama adik beradik, walaupun presentation tiada, makan tepi jalan, and harga murah, yg pntg masa yg di kongsi bersma =D

banana muffins yg sedappp!!!


Kita tahu kan yang di syurga lebih banyak yang super duper sedapppppp!!! dan yang paling penting mereka tidak di masak oleh kita, sebab kita adalah seperti raja dan permaisuri di layan oleh bidadara-bidadari syurga.

Dan makanan itu semestinya untuk mereka yang bertaqwa, mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan tersebut.
 Amin

“Itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Surah Hud ayat 49.

Tapi ingat?? 
Apa yang Nabi Muhammad paling takut apa yg terjadi pada umat pada hari ini??

Ya!!! Umat islam yang suka makan dan banyak berangan. Ermmm..
Kitakah?
fikir sejenak...

 Adakah kita banyak berangan? 
adakah kita suka makan? 
Atau kita suka masak dan takut pula kita yang the
 initiator kpda ahli-ahli keluarga yang suka makan dan berangan? 
adakah?

kerana makanan itu melemahkan semangat untuk beribadah, 
dan bila kita gagal maintainkan gear ibadah kita, kita susah nak masuk enjin semula.

Allah! 
Yang menulis ini pun seorang yang suka makan, jadi jika begitu...

“Bila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita diperkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia!” 
Ini dipetik dalam diari Ustaz Pahroi.

"wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangat dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."
(61 Ash-shaff:2,3)
Ini di petik dalam QalamulAllah


Oleh itu, mari kita sama2 insafi diri, kawal apa yang hendak di makan, dan padamkan angan-angan yang tidak kemana-mana itu.

pasangkan angan-angan yang akan jadi kenyataan. Yang betul-betul punya, no more angan-angan yang buang masa~

Dan jika mahu padamkan sifat berangan itu adalah dengan kurangkan melayan nafsu. Nafsu makan, nafsu bersembang, nafsu bersuka ria..segala macam nafsu kerana syurga itu diluarnya dipagari nafsu-nafsu yang disukai di dunia.

Mula dengan perlahan-lahan, kerana yang paling tahu niat kita adalah Yang Di Atas, Yang Maha Mulia.

InsyaAllah. 

-pesanan khas ditujukan pada diri sendiri =)

Kita boleh melakukannya : “Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.” Surah Ad-Dhuha ayat 4. 

3 comments: