Friday, March 4, 2011

Bila berubah~

mode: rasa sunyi, homesick mula mencuak~
lepas asar, dlm bilik, dan agak letih~



bukan senang untuk berubah~
hati mesti bersih sebersihnya
jiwa mesti suci
iman kene diperbaharui
nafsu kene tolak
ibadat kene istiqamah

itu dari dalam ke luar.

jika di luar ke dalam

mata harus di jaga
lidah kena selalu diam, diam daripada bersembang lara'
tapi 
kena banyak berzikir buat dinding hati yg lapah
pakaian kene tutup, aurat tak boleh ambil mudah
telinga harus tutup pada hiburan
lebih banyak mendengar nasihat

Dan oleh itu,
perubahan ini mungkin mengubah hidup sedikit sebanyak,
kawan mungkin akan lari
kerana mungkin diri ini tak sehidup dulu, tidak semeriah dulu
kerana mulut, lidah, pakaian, mata, telinga 
ada penjaganya:
dinding iman yang rapuh

dan mungkin
kadang-kadang akan terasa kesunyian
kerana itu adalah lumrah hidup
apabila tutur kata kita mula berhaluan lain
kita akan rasa kesunyian.


Dan kesunyian itu akan membuatkan kita dengan Dia.

Dan 
Jangan risau,
Allah akan beri nikmat yang tak terhingga
kerana Kita di jalanNya.

Percaya dengan janji Allah~
Sesungguhnya Dia yang tahu~


1 comment: