Sunday, March 20, 2011

kawan-kawan saya pun para da'ie

Untuk kawan-kawan di sana, saya tahu di luar sana terdapat silent readers yang sedang membaca blog saya mainly untuk muhasabah diri, yang diketahui adalah beberapa orang, yang tidak diketahui mungkin beberapa orang lain lagi. Bukan untuk menakutkan anda ^^ tapi saya tahu siapa anda! heee (nada: usik mengusik)



Dalam diri kita di tanam untuk berbuat baik, kerana ia adalah fikrah manusia, percaya atau tidak, Bush yg telah membunuh jutaan muslim pun ingin menderma, apatah lagi Robinhood. Kita yang beragama islam, semestinya mempunyai tangungjawab untuk menolong dan menderma. 

Dan menulis blog ini adalah alasan saya berbuat baik, dan juga menjadi seorang yang berShahadatul Haq, kerana sekurang-kurang dengan penulisan maya akan menjadi aim diri untuk menjadi seorang yang jujur kepada kata-katanya. 

Takutkan bila kita ishtiharkan kita adalah para daie. Sesungguhnya terasa seperti ada ketulan batu besar atas badan yang mesti di bawa kesana kemari dengan nametag- 


Aku seorang muslimah Islam yang bershahadahkan Allah sebagai tuhanku, dan Nabi Muhammad adalah pesuruhNya. 


Para daie yang dahulunya adalah tugasan semua orang yang kininya hanya dilihat beberapa orang dalam beberapa orang. Betapa hati kita tuli dengan tugas seorang muslim yang berShahadatul Haq kerana termakan kata-kata dunia yang fana'. Allah~


Di mana kita sebenarnya wahai kawan? 


Di mana kita sebenarnya wahai kawan islamku?


Di mana kita sebenarnya?


Senang sahaja jika kita hendak menilai diri kita.


Dalam 24 jam apakah yang di buat kita seharian? Alhamdulillah jika semuanya beribadat kerana untuk Dia. Makan minum tidur membaca menyanyi dan gelak ketawa kita hanya untuk Dia.


Tapi bagaimana yang hanya bersuka ria, yang hanya bergelak ketawa kerana faktor yang lain. Bagaimana dengan generasi Islam kita jika kita guna masa kita untuk mengejar dunia yang tak habis-habis. Kadang-kadang teringin sekali ingin bersuka ria kembali semula, tapi hati ini sudah nampak akan aturanNya, yang mana melekakan janganlah rapat dengannya kerana sungguh hidayah Allah tak menentu. Takut bila kita leka, mata hati kita tertutup. Takut yang hidayah kita dapat ini adalah yang terakhir. Nauzubillah.


Kami pohon hidayah  supaya kami berterusan di atas JalanMu
Amin Ya rabbana a'lamin~


 Hati ini berbunga apabila dikurniaakan fillah yang cantik dalam dan luar. Sungguh mereka sangat cantik ^^. Dalam setiap perbualan, mereka sentiasa mengingatkan diri ini kepada Allah tidak kira apa tajuknya.Itu yang paling cantik. Alhamdulillah. Ukhwah fillah abadan abada ^^


Tertarik dengan apa yang dibaca, ucapan oleh Sheikh Abul Al-A'la al Maududiyy bertajukkan shahadatul Haq, pengsaksian terhadap kebenaran. 


Tidak mungkin kita boleh berpeluk tubuh drpd memikul tanggungjawab dengan hanya mengaku iman atau mendakwa diri sebagai muslim. Hanya bergantung kepada pengakuan dan cakap kosong dalam hal ini tidak cukup...kerana tangungjawab kita yang sebenar adalah melaksanakan di hadapan seluruh alam ini segala hak SHAHADATUL HAQ (pengakuan bahawa tiada tuhan yang layak di sembah selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah) yang kita imani dan akui sebagai agama kita

Bukan semata-mata amar makruf nahi mungkar, tetapi fomulanya sangat mudah, semudah abc, seringan aliff baa taa, juga seperti satu dua tiga:

Muslim = Islam = Dakwah : Dakwah = Islam = Muslim

Jadi fahamlah kita bila nabi Muhammad memaafkan umatnya yang menghentam dakwah beliau, membaling batu sehingga keluar darah baginda. Nabi Muhammad boleh berdoa hancurkan mereka dengan sekelip mata, tetapi baginda menjawab, "sesunguhnya mereka tidak mengetahui". Tidak mengetahui betapa hebatnya Shahadatul Haq. Kerana baginda bertahan kerana untuk Islam dan dakwahnya.

Sekompleks situasi ini, barulah faham kenapa ada yang sanggup menjadi si syahid mengejar mati bukan kerana membalas dendam ayah yang di bunuh tetapi kerana Shahadatul Haq nya dengan bermandiaan darah merampas tanah Islam semula. Kerana Islam dan dakwahnya.

Jadi fahamlah sekarang kenapa seorang menteri besar tidak membeli rumah besar sesuai dengan kemampuan dirinya, bukan kerana risau apa orang pandang, tetapi kerana Shahadatul Haqnya, Kerana Islam dan dakwahnya.

Jadi fahamlah sekarang kenapa Cat stevans berhenti terus menjadi artis malah meneruskan kegiatan dakwah dalam menyanyi dan ke serata dunia, mengislamkan jiwa-jiwa manusia yang ingin kembali kepada fitrah, tidak lain tidak bukan kerana Islam dan dakwahnya.

Jadi, fahamlah sekarang kenapa Maher Zain beriya-iya nyanyi sini, nyanyi sana, tinggalkan isteri kerana nyanyiannya sahaja. Tak lain dan tak bukan hanya kerana Shahadatul Haq. Kerana Islam dan dakwahnya.

Jadi fahamlah sekarang kenapa seorang ayah berani memukul anaknya yg tidak mahu sembahyang dengan rotan bukan tidak sayang tetapi kerana Shahadatul Haq nya. Kerana Islam dan dakwahnya.

Jadi fahamlah sekarang kenapa seorang guru tahfiz tinggalkan dunia ini dengan kembali mengajar ke pondoknya yang di hujung kampung di ceruk kampung bukan kerana itu sahaja dia tahu, kerana sedang menunaikan Shahadatul Haq nya. Kerana Islam dan dakwahnya.

Jadi fahamlah sekarang kenapa seorang pensyarah terkenal di maktab saya tidak mengayakan pakaian yang cantik-cantik sesuai dengan pangkatnya, menjadi seorang yang humble kerana yang di lihat adalah Shahadatul Haqnya, Kerana Islam dan dakwahnya.

Jadi fahamlah kenapa wanita bertudung labuh, berstoking dan juga berniqab amat tetap dengan pendirian memakai tudung labuh yg tebal walau sepanas mana dunia ini, bukan kerana diri ini ingin menjadi asing, kerana Islam dan dakwahnya.

Semudah-mudah persekitaran kita. Jadi fahamlah sekarang kenapa ukhwah saya di sini tidak pergi ke movie world atau wet water world untuk bersuka ria di Gold Coast, Australia. Bukan kerana tidak ada duitnya, tetapi kerana tidak mahu termakan dengan seronoknya dunia dan juga kerana Shahadatul Haqnya, pengakuaan Allah adalah Tuhannya, kerana hidup ini untuk Yang Maha Berkuasa. Kerana Islam dan dakwahnya. Lebih baik duit itu mengalir duit kepada jalan dakwah.

Baru saya faham. Anda faham?

Tapi adakah kita faham dan sampai ke hati? Itu akan dijawab oleh amal ibadat kita. Yang hanya akan di jawab oleh iman kita, yang akan di jawab oleh perlakuan kita, apa yang akan kita buat selepas ini. Baru boleh bagi jawapannya.

Allah~ barulah rasa berat menjadi seorang Islam kan? Bukan senang ingin mengejar syurga, kerana harganya sangat mahal.

Islam itu sangat mahal sehingga kita tak boleh ambil pengakuaannya sahaja, kerana ada pengisiannya, kerana ada syaratnya, kerana ada Shahadatul Haq nya, kerana ada batas-batas agamanya. Kerana itulah agama Islam agama Allah. Agama yang di muliakan...

Bermakna selagi kita adalah seorang muslim, kita adalah para daie muslim yang bertuhankan Allah, bersaksikan Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Bermakna kita juga punya hak menjadi seorang da'ie mengaku bahawa tiada tuhan yang layak di sembah selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. Bermakna kawan-kawan saya pun para dai'e. 

Dan jangan takut menjadi daie kerana sesungguhnya menjadi daie adalah melatih jiwa dan diri menjadi hamba Allah yang sempurna. InsyaAllah~ 







  





4 comments:

  1. sungguh syurga itu mahal kerana hanya ibadah2 yg dilakukan dengan hati yang benar2 ikhlas, diterimaNya~

    ReplyDelete
  2. Mahal kan miss NJ? waaa, sungguh sangat terasa apabila seorang ustazah berkata: agaknya semua kita masuk neraka dulu rasanya?

    Dan waktu itu terkesima, apa yang tak terkena ye dgn perkataan ustazah, x nak terima tapi hati akui diri ini sangat banyak berdosa. Mahu terima, di mana amalan kita. aduih,

    Dan elok kita beribadat dgn hati yang ikhlas mendapat redha Allah, syurga neraka tolak ke tepi yang penting Keredhaan Allah, insyaAllah~

    ReplyDelete
  3. 'Takut hidayah yang kita dapat ini adalah yang terakhir.' Nauzubillah, Takutnyaaa...

    Shahadatul Haq tu maksudnya macam mana sebenarnya awak? heee :)

    ReplyDelete
  4. hanisah: Shahadatul haq tu maksudnya berpaksikan kepada kebenaran. Maksudnya kita percaya dan buktikan bahawa Allah itu tuhan yang satu, dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah, dan rasulNya. Oleh itu, sesiapa yang berpegang kepada Shahadatul Haq means wajib ke atas orang itu menyebarkan dakwah. Jika dikira, semua orang islam yang mengakui shahadatul haq mestilah mempunyai hala tuju yang sama spt pahlawan-pahlawan terdahulu. Sungguh, kita seperti buih, yang kita tahu adalah hidup dengan enak di dunia yang fana' ini. Allah~

    ReplyDelete