Saturday, February 19, 2011

Untuk dia yang membaca~

Saban hari, semakin kita belajar mendalam tentang agama,
terasa diri kerdil, kerdil dan jahil, jahil dan kerdil.
Kerdil kerana selama ini tidak ambil tahu,
Jahil kerana selama ini tahu, tetapi tidak ditanam di dalam hati.
Tetapi tidak mengapa, terbiyyah Allah datang dalam pelbagai bentuk, mungkin dengan kejahilan dan kekerdilan kita akan membuat kita lebih rapat dan dekat denganNya. InsyaAllah
Alhamdulillah, Allah bukakan hati kita untuk kembali mengenal Islam, apa itu cara hidup islam, siapa itu individu muslim dan apa tugas kita. Moga-moga Allah bukakan jalan kepada kita ke arahNya dalam apa jua bentuk tarbiyahNya.
Hanya Dia mengetahui. Itu yang pasti.


Tertarik dengan salah satu status di facebook oleh kawan saya teringin untuk mengulasnya, supaya kita sama-sama mengingati, dan juga sama-sama membaiki diri. Ianya berbunyi:




"Tarbiyah Allah boleh dtg dlm bentuk ujian...kan kita sentiasa layak diuji...Alhamdulilah..Alhamdulillah, Alhamdulillah... 

dan InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah.. there is a way to settle this..."

Kawan ini sekarang menghadapi satu masalah yang bukan calang-calang orang akan hadapinya. Dan dia sedang menghadapi seorang diri di bumi Australia ini. Dan andai kata andai kamu membaca entry ini wahai kawanku, ia ditujukan khas untuk anda. Kerana saya menghargai anda sebagai fillah saya dan saya cuba membaiki diri hina ini untuk jadi orang yang lebih baik, dari sudut hati, jiwa dan raga. Semoga entry ini akan mengingatkan saya di kemudian hari. InsyaAllah.

Duhai fillah, bukan calang-calang orang yang di pilih untuk diuji sebegitu rupa. Anda merupakan hamba Allah yang bertuah kerana Dia ingat dengan anda, sayang akan anda dan datangkan tarbiyyah untuk dekatkan diri denganNya, menjadi salah satu hamba hamba yang di beri tiket untuk mengadu dan merintih kepadaNya. Di beri tiket untuk menangis, menceritakan masalah anda kepada Nya, dan janganlah takut untuk menangis kerana takut akan kekuasaanNya, Teruskan menangis kerana diri kita yang kecil dan hina seeloknya di malam henin hari kerana Dia amat dekat dengan anda di kala itu.

Duhai fillah, bila terbaca status anda, gembira hati ini kerana tahu anda dapat mengatasinya dengan hebat, kerana kita, kita muslim! orang-orang muslim, ada jalan yang hebat dipertunjukkan kepada kita. Hadapi dugaan yang kecil ini dengan hati yang terbuka, fikiran yang positif dan hati yang tenang =) kerana Allah is always by your side, insyaAllah.

Ingatlah, Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Keadaan orang Mukmin itu sangat menakjubkan, kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik. Tetapi keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman. Iaitu, apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur kerana itu lebih baik untuknya. Dan apabila dilanda kesusahan dia bersabar, kerana itu lebih baik untuknya."
(Riwayat Muslim daripada Abu Yahya Syuhaib bin Sinan r.a.)

InsyaAllah, kita bersyukur kerana kita dikurniakan nikmat iman, percaya pada Yang Satu, Yang Maha mengetahui, Yang Maha Menentukan yang mana yang terbaik untuk kita. InsyaAllah.

Hendaklah kita beringat, Iman itu bukan hanya di hati tetapi ia dilahirkan dengan kata-kata, dan disaksikan dengan perbuatan.

Dengan itu fillah, bersabar dan hadapilah ujian itu dengan positif. Banyakkan zikir supaya hati tenang menghadapi dugaan yang sekelumit berat jika dibandingkan dengan kaum-kaum terdahulu. 

Kan by remembering Allah, the heart is in peace?

Jangan dibiarkan hati itu sedih dengan mainan dan hasutan syaitan, kuatkan semangat supaya percaya Allah akan membantu anda, Allah sangat dekat dengan anda.

Duhai sahabat, mari kita banyakkan sembahyang, sujud berbicara dengan Allah. Kerana Allah sahaja yang dapat tentukan bila masalah ini akan berakhir. Dan marilah kita sama-sama yakini bahawa rezeki Allah tidak akan putus untuk orang bertakwa.

Firman Allah,

"Sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan beri jalan keluar (masalah) dan rezeki daripada arah yang tidak tahu, dari mana datangnya."
(Surah al-Talaq 65:2)

Dan percayalah, Allah akan membantumu. Diharap dengan entry ini dapat tenangkan kamu, dan harapnya anda dapat melihat di sebalik apa yang terjadi dengan positif dan terus mengambil yang mana yang jernih untuk dibaja di dalam hati. 

Ingat kata-kata ini, "what happens in you is far away more important that what happens to you".

InsyaAllah~







No comments:

Post a Comment