11.03.2011.
Hari kelahiran. Ini juga bermakna saya semakin menghampiri mati, semakin dekat saya berjumpa Yang Maha mencipta.
Tetapi
adakah diri ini bersedia yang lantas semakin hari semakin membuat dosa?
Adakah diri ini sedia menghadapi segala hukuman kerana tidak menutup aurat sepenuhnya atau kadang-kadang mengambil enteng pasal aurat gara-gara mengikut fashion keterlaluan?
Adakah diri ini bersedia untuk menjawab apa yang terbuku di hati tetapi dikeluarkan lain di mulut?
Adakah diri ini bersedia
untuk memakan bangkai daging saudara sendiri kerana telah bercakap belakang tentang mereka tanpa disedari?
Adakah diri ini bersedia untuk menghadapi melihat neraca timbangan yang jelas berat ke kiri?
Adakah diri ini sudah bersedia memberi jawapan kepada perbuatan kita yang mencintai dunia walhal telah tahu dunia itu sangat menipu?
Adakah diri ini megah dengan harta yang di miliki walhal saudara kita di luar sana bertungkus lumus mencari nasi untuk hidup satu hari lagi?
Adakah sedia kita menjawab segala persoalanNya dimana kita semasa saudara palestin kita bertungkus lumus mempertahankan tanah negaranya?
Adakah diri ini bersedia menjawab apa yang telah dibuat untuk menyelamatkan saudara islam kita?
Adakah diri ini bersedia untuk dijatuhkan hukuman kerana mengeluh akan Qada' dan QadarNya.
Allah~
Dan ternyata diri ini masih belum bersedia. Belum bersedia untuk kembali kepadaNya kerana malunya diri ini menjadi hamba yang hina dan yang banyak melakukan dosa terhadapNya.
Astagfirullah hal a'zim
Aku pohon ampun dan taubat kepadaMu, Tuhan Yang satu, kerana diri ini sangat hina.
Sangat hina...
Ya Allah, hanya Engkau penerima taubat~
Ada masa kadangkala kita ini melihat diri kita tidak punya harapan. Pelbagai jenis tidak punya harapan yang mungkin kita hadapi. Lain manusia, lain tidak punya harapannya.
Ada orang merasakan, dirinya tidak punya harapan untuk menjadi baik, soleh, bertaqwa dan sebagainya. Setiap kali dia berusaha ke arah kebaikan,dia mesti jatuh. Ataupun, dia menyedari bahawa dia perlu jadi baik adalah apabila dia telah tenggelam dalam lautan kemasiatan, dan kemaksiatan itu telah menjadi darah dagingnya.
Tetapi guru saya, Dr Ala’ Hilat berpesan:
“Hendaklah kamu, jangan hingga kesemua pintu antara kamu dengan Allah SWT, kamu tutup.”- Hilal asyraf
Dan bila kita memberi masa kepada diri untuk berfikir tentang kejadian alam, mungkin kita akan menjumpai cahaya dan buah fikiran bahawasanya kita tidak akan hidup lama, hanya mungkin paling lama 60 tahun dan akan menyertai mereka yang di kubur, diseksa hingga tibanya Hari Kiamat yang kita tak tahu bila masanya, mungkin dalam 10 tahun lagi, atau mungkin 10 000 tahun lagi.
Yang pasti kemenangan Islam itu pasti mungkin setelah kita mati dan mungkin juga sekarang adalah bibit-bibit kebangkitan. Allah sahaja yang tahu graf kebangkitanya.
Sungguh, kebangkitan Islam lebih nyata dari terbit mentari pada besoknya, As syahid Hasan Al-Banna
Dan adakah kita hanya mahu menjadi pengikut kepada arus semasa atau kembali menabur bakti menyemai jiwa-jiwa kental Islam semula. Dan nyata kebangkitan Islam tidak akan bangkit semula dengan hanya sekelip mata.
Kebangkitan Islam perlukan usaha, perlukan jiwa-jiwa agung yang bangun malam merintih kepadaNya, memerlukan pengorbanan nyawa, harta benda dan masa. Memerlukan diri yang sangup mengorbankan keseronokan dunia yang sementara. Perlukan singa yang mengaum di siang hari, memegang panji-panji Islam yang berbenderakan darah syahid dan bagaikan sungai airmatanya mengalir di malam hari.
Ataukah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang padaMu (cobaan) seperti (yang di alami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan di guncang (dengan pelbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "kapankah datang pertolongan Allah?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat. (Al-Baqarah: 214)
Dan ternyata kebangkitan memerlukan perngorbanan.
Dan bodohlah sesiapa yang tahu atas putaran kebangkitan Islam tetapi tidak ke hati, tidak berusaha dan tidak menyampaikan. Bagaimana jika mereka di luar di sana menyalahkan kita?
Dan takut jawapan kita kerana kita tidak mengambil islam yang sepenuhnya iaitu hanya Islam warisan, yang hanya nama sahaja, berbinti dan berbin. Dan ini ditujukan jelas kepada saya, kerana diri ini waktu ini masih membuat dosa walaupun jelas terpampang kesannya di dunia dimensi akhirat.
Diri ini masih selesa hidup cukup keperluan tetapi masih mengejar dunia, masih malas beribadat, masih membuang masa, Allah!
Marilah wahai pemuda dan pemudi, berubah ke arah kebangkitan Islam walaupun jelas bukan kita para syuhada di medan perang, biarlah kita mahsyur di langit sana kerana ibadah kita yang ikhlas, insyaAllah~
Di hari kelahiran ini, walaupun saya bertekad tidak mahu merayakannya dengan gelak ketawa walaupun ia nya sangat mengumbirakan tetapi saya takut dengan gelak ketawa yang berlebihan akan membawa kepada kejahilan.
Dan saya merayakan dengan sederhana. Terima kasih kepada housemate yang telah menunggu kepulangan saya dan membeli kek, walaupun tidak sempat merayakan atas sebab2 tertentu, saya sangat bersyukur, bersyukur kerana mempunya kawan yang indah persahabatannya. Terima kasih housemate! Sehingga berjumpa lagi untuk hari lahir yang depan, jika ada ajal dan jodohnya. InsyaAllah~
Dan pada hari ini juga saya sangat ingin tahu bilakah hari lahir saya di bulan Islam, sangat ingin mengetahui kerana rindu untuk menggunakannya, sangat cemburu bila ada kawan-kawan yang tahu tentangnya kerana mereka menyambut hari kelahiran dengan zikruAllah~ Dan yang pasti lebih menenangkan.
Dan pada masa ini juga saya sangat merindui jiwa-jiwa agung yang akan membela Islam, yang akan memperjuangkan Islam, yang akan mengembalikan dunia Islam di mana semua malapetaka akan jauh daripada kehidupan manusia.
Dan pada masa ini, apakah yang telah saya sumbangkan kepada kebangkitan islam? Dan yang pasti mungkin ia tidak sebesar sebiji biji sawi.
Allah~
No comments:
Post a Comment