Monday, March 28, 2011

Alangkah terpesongnya fikiran kita apabila...

Di kala duduk bersendirian, dan seorang jejaka menghampiri, mulut akan terus kunci. Jika dahulu, boleh bergelak ketawa bersama, tapi sekarang setelah tahu pantang larangNya, maka senyaplah diri. Tetapi datang kita yang lain, mula bergelak ketawa. Ditanya kepada kita, apa yang di bicarakan, kita menjawab tiada apa-apa. Dan kita yang lain berkata, walau berubah macam mana pun kita, jangan lah terlalu conservative, melarang sikap perhubungan lelaki dan perempuan, menutup perbualan sahabat kita sendiri. 

Di kala itu, kita berfikir sendirian, betullah penulisan syed Qutb, ayat pertama sekali dalam kitabnya, Ma'alim fi-I-Tariq; Umat manusia sekarang ini berada di tepi jurang kehancuran. Beliau dengan jelas sekali dapat melihat keadaan umat islam pada masa ini walaupun hidup di jeriji penjara. 

Sungguh! Betapa kita di kawal dengan pemikiran barat yang mana yang Islamnya di ambil mudah. Adakah dengan menjaga percakapan antara lelaki dan perempuan adalah ketinggalan zaman? Dan mula Islam di pandang bukan soal agama, tetapi amalan traditional. Dan bila Islam di pandang dari segi Ibadah, bukan keseluruhannya. Itulah apabila yang mengamalkan agama secara keseluruhannya di label conservative.

Dan apabila kita mula menyimpan duit yang halal untuk digunakan kepada benda yang haram. Dan apabila kita menjamakkan solat ketika menjadi musafir untuk melakukan kerja-kerja maksiat. Dan apabila kita menghalalkan perhubungan haram kerana menanti indahnya hidup berkeluarga yang halal.

Semuanya jelas apabila kita memberikan nafas kepada butir pemikiran kita bahawa Islam sekarang jauh terpesong daripada panduan dan program Allah untuk hidup ini; dalam perkara-perkara yang tidak pernah diizin oleh Allah, maka hasil drpd penyahlahgunaan kuasa Allah itu secara automatisnya timbullah pelanggaran atas hak-hak Allah, dan pelanggaran atas hak-hak manusia. (Syed Qutb, p. 7)

Mari sama-sama menginsafi diri supaya tak termasuk ke dalam pelanggaran-pelanggaran hak-hak Allah dan pelanggaran atas hak-hak manusia. InsyaAllah selagi Allah bukakan jalan hidayah kepada kita. Aminn~


3 comments:

  1. kd,nnt share la ttg Syed Qutb,kite xdpt dgr ms daurah aritu.huhu

    ReplyDelete
  2. wahhhh, tugasan yg berat sbb bahasa syed qutb sgt tinggi ya di situ, maybe boleh selit2 kan dlm post supaya isinya dpt dihurai~ insyaAllah~

    ReplyDelete
  3. nnggeeee.... alhamdulillah~ ada unsur2 refleksi ala bain et al disitu.. x sia2 erika ngan emma dok drill. refleksi diri sgt penting sbb setiap langkah itu terikat dgn tali2 islam, iman n ehsan. ^^

    ReplyDelete