Thursday, March 3, 2011

'Dont be sad' by 'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni

Seperti biasa memandang tingkap yang kecil ini, kedengaran bunyi hujan. Alhamdulilah, akhirnya hujan juga bumi brisbane ini. Kehadiran summer memang agak panas di sini, panas nye panas kering, sangat berhaba rasanya satu rumah, tapi apalah sangat panas summer di sini dengan summer azab di akhirat di sana. Allah sahaja yang tahu. Allah~


Terpandang buku 'Dont be sad' by 'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni. Penulisan yang cantik tapi masih belum sempat di habiskan. Masa yang semakin sempit, makin dikejar, makin kuat minit-minitnya berlari, dan akhirnya meninggalkan buku yang telah di baca separuh di atas rak buku.


Di ambilnya buku dan kembali membacanya. Membaca dan teruskan membaca. 



Beautifully written, expressively spoken. 


Sangat cantik. 


Buku yang membuatkan kita akan kembali sujud mengenangkan keagungNya, betapa sayangNya Dia terhadap kita, Betapa banyaknya nikmat yang kita dapat. Alhamdulillah.


Ingin menyentuh beberapa perkara yg sempat saya baca di dalam buku tersebut yang membuatkan saya berfikir sejenak, fikir sejenak tentang betapa berkiranya kita dengan orang lain walhal Allah tidak pernah berkira dengan kita dan sentiasa memberi rahmat, nikmat dan limpah kurnianya kepada kita.


1) Jangan rasa berkecil hati jika ada kawan kita yang menggunakan pen kita untuk menghina kita kerana kita sendiri ungrateful to our Lord, Allah the Most Merciful.


"And when harm touches man, he invokes Us, lying down on his side, or sitting or standing. But when We have removed his harm from him, he passes on his way as if he had never invoked Us for a harm that touched him"
 (Qur'an 10:12)


Humans are like that. We are seldomly being ungrateful to the Lord, whereby, we remembered Him most when are harmed. Where were we when we were happy? Going out to dinner with friends? Going to the cinema? Movie marathon? Making time-wasting jokes?Why wont we invokes, crying for His mercifulness to us, Thank Him for His kindness as hard as we did when time gets hard?


Astagfirullah. Astagfirullah.Astagfirullah. 


This completely goes to me and for those yg trmakn cili padi juga. sama2 kita ingat-mengingati~


2) Repel boredom with work. Carilah kerja yang mananya sekali kita buat, lagi banyak kerjanya. Lagi seronok kalau kerja agama yang kita buat. Seronok tengok teman seperjuangan yang menyibukkan dengan kerja-kerja dakwah. Moga Allah memberkati mereka. Contoh lainnya ialah menulis blog. Perlu di ingatkan jika kita menulis dan menyampaikan nasihat kepada orang kita juga menasihati diri supaya mengotakan apa yang di kata. Dan ia bukan senang, kerana kita amat mudah gelincir, gelincir dari jalannya. Istiqamah adalah ujian yang sebenarnya. Dan Allah tidak suka akan orang yang lebih katanya dari actionnya.


“Bila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita diperkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia!” 
Ini dipetik dalam diari Ustaz Pahroi.

"wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangat dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."
(61 Ash-shaff:2,3)
Ini di petik dalam QalamulAllah


Mungkin hari ini kita menasihatkan supaya buatlah keputusan bukan berdasarkan keseronokan, malangnya esok kita cipta keseronokan kita sendiri. Dan untuk menghalang itu daripada terjadi, carilah kerja agama kerana dengan itu, Allah akan senantiasa memberkati kita, semoga kita jauh daripada kerja maksiat. Takut dengan maksiat, akan bertanda hati-hati kita dengan titik-titik hitam dan tanpa kita sedari, kita sudah jauh daripadaNya.


"They are content to be with those (the women) who sit behind (at home). Their hearts are sealed up (from right guidance) so they understand not" 
(Quran 9:87)


Allah~


3) Jangan ada 'Kalau'. Kerana pada masa itu, anda masih tidak berganjak. 


The past has left you, the future is waiting for you and you are doing nothing. 


Itulah 'KALAU'. 'indahnya kalau', 'syokkan kalau', 'kalau aku', 'kalaulah dia'. Ingatlah jauhkan perkataan kalau. Ini perkataan gila! sebab...


sebab one exhibits a form of insanity , because she or he keeps turning back, and still is thinking of the same thing.


Kalau juga seperti membangunkan orang yang dah mati, mengorek mereka keluar dari kubur untuk melihat mereka. Dan kita hanya membuang masa begitu.


Everything on earth matches forward, so you too!


Menarik kan buku ni =), minta maaf for using bahasa rojak.


Bahasa rojak=code-switching


*the writer is used to it, or the writer is a bilingual, or the writer has time constraints , and the most important one, the incapability of writing or speaking in her second language well. Hurm, sama2 muhasabah~













No comments:

Post a Comment