Tuesday, March 1, 2011

1 March 2011

Alhamdulillah~ Hari ini sempat lagi saya bernafas di muka bumi ini, menjalani hidup seperti biasa, beribadat dan juga menjadi khalifah di dunia ini, menjadi sebaik-baik manusia yang termampu. Sempat meninjau disebalik tingkap, melihat kehijauan daun-daun di balik pokok-pokok. Bilik yang kecil ini mempunyai sebuah tingkap yang menjadi teman saya melihat kejadian Allah, Sangat bijaksana dan Sangat Berkuasa. Pokok-pokok yang seolah-olah berebut untuk meninggi merebut cahaya matahari dan seolah-olah berzikir-berzikir memuji kekuasaanNya. Alhamdulillah~


Saya seperti mendengarnya. MasyaAllah. Sesungguhnya mereka adalah muslim, makhluk yang meyerah diri kepada Tuhan yang Maha Mencipta.


Hari ini juga pertukaran musim di sini, musim autumn, musim luruh. Musim yang gloomy, sebulan dua selepas ini akan kurang cahaya matahari dan segala-galanya akan menjadi suram sebentar. Paginya mungkin ada cahaya matahari dalam pukul 4.30-5.30 pagi. Saya suka akan waktu subuh, di mana matahari mula menyelinap ke muka bumi. Di waktu itu terasa akan kenikmatan menduduki muka bumi, terasa dunia ini akan hidup panjang tapi tidak tahu kesudahannya, dan halusnya nyawa manusia kerana kita akan bersilih pergi dan bersilih ganti.



Kita akan bersilih-ganti, yang hidup akan mati, yang sakit akan mati, yang sihat juga akan mati, yang tua akan mati, dan yang muda juga akan mati. Itulah kitaran dunia. 


Dan sementara kita di dalam kubur, mungkin pada masa itu, masyarakat islam berjuang-juang menegakkan syiar islam kembali. Mungkin kita adalah penyumbangnya, mungkin juga kita adalah faktor kepada anak-anak kita untuk menyumbang sesuatu kepada islam. Kita tidak tahu, yang penting, kita harus berusaha, menjadi makhluk Allah yang terbaik kita boleh~


Sesungguhnya, kebangkitan islam lebih nyata dan jelas dari terbitnya matahari pada besok harinya. Tidak mustahil juga syiar Islam akan  kembali dalam masa satu hari. Cuba lihat apa yang terjadi kepada Tunisia, Mesir dan yang akan datang, apa yang akan terjadi kepada Libya. Dalam 42 tahun Muammar Gaddafi memerintah, siapa yang akan tahu dia akan jatuh dalam masa 42 hari. Ini semua ketentuanNya, Dia sudah menetapkan apa yang akan terjadi. Dia juga membuka pintu 42 tahun kepada Gaddafi untuk bertaubat, dia juga membuka masa 42 hari kepada GAddafi untuk bertaubat,  Dia juga akan membuka hari yang selepasnya untuk Gaddafi bertaubat. Itu semua kuasanya.


Itu semua kuasa Allah kerana Dia amat berkuasa, sama juga dengan apa yang berlaku kepada Adnan Manderas, salah seorang yang di pilih boleh inggeris untuk menjatuhkan turki, setelah mereka mengi'ktiraf negara Israel. Adnan Manderas ditugas membuat parti demokrat dan juga parti pembangkang di Turki, dengan tujuan menguasai Turki. 


Tapi kuasa Allah sangat ajaib kerana suatu hari Adnan Menderas telah ditimpa kemalangan,dan mengikut buku yang dibaca, Adnan pernah berjanji dengan diri sendiri, jika Allah membantu melepaskan diri drpd kemalangan tragis itu, Adnan akan berbakti kepada agama. DI situlah berlaku cerekederama di mana apa yang dirancang Inggeris tidak berjaya, dan mereka terpaksa membunuh adnan yang telah menjadi salah seorang syahid di  muka bumi ini. Alhamdulillah~


EH, macam mana boleh melalut ke sini pula??? Heeee


Owh, hari ini juga hari kelahiran ayah saya. 1 Mac 1958. Dan umur akan meningkat, dan ajal semakin mendekat. Allah~


di kesempatan ini, saya mendoakan semoga Allah permudahkan urusan beliau, permurahkan rezeki beliau dan kuatkan usaha beliau untuk beribadah. Semoga Allah redha. Amin.


Ditakdirkan untuk mempunyai anak 7 orang dan semuanya perempuan adalah dugaan berat yang di tanggung beliau dan bukan semua orang mampu menangunggnya kerana semua tahu bahawa menjaga lembu lebih senang daripada menjaga anak perempuan kerana perangai mereka, kelakuan mereka, aurat mereka, makan-minum mereka, hati mereka, adat dan perlakuan mereka, semua kene di jaga, semua kene dilentur semasa kecil, semua kene di ambil titik beratnya.


Dan ia tidak senang. dengan itu, terima kasih ayah kerana menjaga kami semua, membuatkan kami gembira senantiasa. Terima kasih.



2 comments: