Kerna Allah telah jadikan seseorang itu berbeza dari sudut hati, pandangan dan perasaannya. Dan sepanjang perkenalan tersebut, adalah wajib untuk seseorang di duga merasai nikmat berkahwin* eh berkawan =). Adakala kita di uji dengan sikap dan emosi kita sendiri, adakala kita di uji dengan hasutan jahat syaitan terhadap kawan kita. Dan adakala kita di uji dengan ujian masa. Banyak, hidup kita memang berliku. Mungkin yang pandai 'social skills' nya dapat memujuk kawan supaya persahabatan mereka terjalin, dan mungkin ada yang tersungkur, bermasam muka. Dan ada yang tidak menghiraukan. Dan yang penting, ada yang hanya bersabar, kerna:
Sungguh Dia bersama orang yang bersabar
Teringat akan artikel yang di baca tentang Syaikh Abbas Hasan As Siisi, karya popularnya: Ath-Thariq ila Al-Quluub. Seorang da'i yang superb! Bukan fokusnya kepada kepandaiannya, bukan juga kerana hafalannya. Tetapi lebih kerana sikapnya sesama manusia. Raut wajah yang ceria, sejuk mata memandang, penuh dengan belaian kasih sayang. Si pengantar senang untuk bersahabat dekat da'i ini. Kerana anak muridnya dianggap seperti anak sendiri, tiada diskriminasi kerana beliau tahu semua manusia adalah sama tarafnya di sisi Allah. Yang membezakan adalah takwanya. Jika beliau di letakkan di dalam kalangan anak muridnya, semestinya kita tidak dapat melihat dan mengecam siapakah tok gurunya. Kerna ukhwah yang dijalinkan adalah ikhlas kerana Allah, tiada beza si dia dan si dia.
Begitu juga kita dalam berkawan. Tiada beza si dia dan si dia. Berkawan biarlah beribu. Tetapi ingatlah,
hidup bersendirian itu melemahkan.carilah kawan yg dpt mengingatkan.semoga persahabatan kita di dunia ini membawa ke syurga insyaAllah :) ♥ (thank you mckeen!)
Carilah kawan yang sentiasa mengingatkan kita dengan Yang Maha Kuasa. Kerna persahabatan yang berlandaskan keseronokan sahaja tidak membawa kepada apa-apa. Ingat! Aim kita nun di hujung dunia sana, pabila bumi dimusnahkan, pabila tertiupnya tiupan sangkakala, bermula kehidupan pengakhiran kita, menghitung amalan melata kita. Kita mungkin tidak memperdulikan kawan kita masa itu, kerana kita tahu mereka tidak dapat menolong kita, dan kita terlalu sibuk mencari syafaat Nabi Muhammad SAW, sibuk dan takut sehingga kawan juga tidak mahu dipandang.

Oleh itu, kumpullah amalan melalui persahabatan. Sentiasalah ingat mengingati, senang menyenangi, maaf memaaffi.
Banyakkan bersabar dengan rakan-rakan kerana kita tidak tahu di sebalik semua itu, mereka juga sebenarnya bersabar dengan kita, mereka juga sedang memahami kita, kerana kita memang berbeza secara zahir dan batinnya.
Rawatlah marah dengan kesabaran. Belajar untuk bersabar kerana apa yang kita belajar adalah pengubat untuk hari ujian yang besar yang akan mendatang, Jika kita terluka, mengadulah pada Dia, Yang Maha Mendengar, berdoa dan percaya kepada Nya keran Dia akan menunaikan semua permintaan hambanya yang merintih. Masanya biarlah Dia yang menentukan. Dia lebih tahu apa yang baik untuk kita. Di sebalik semua ujian yang berlaku, semestinya ada senyuman yang terukir. Cuma kita adalah hamba yang hina, tidak tahu hanya mengikut amarah. Dan apabila mengikut marah, muka bermasam cuka, hati gundah gulana.
Janganlah di layan hal remeh temeh, hal yang jika kita lupakan, hidup akan gembira sperti yang lalu. Dan elakkan drpd memakan daging saudara kita sendiri. Itulah tangga kejahilan selepas melayan nafsu amarah. Astagfirullah~
(Ali 'Imran: 134) Allah suka dan memuji hambaNya yang menahan marah
"iaitu orang yang menafkahkan (hartanya), sama ada ketika waktu lapang dan sempit, dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan"
"Cakap senanglah, cuba try duduk tempat kitorang, layan si Dia, x tahan akuuuu!!"
Ini lagu satu bahana marah. Apabila jumpa geng-geng nya, lain pulak jadi sebab kononnya ahli geng bersembang tiga orang. Jika dilihat dengan mata halus, ramai sebenarnya yang mengikut, membatu-batu apikan kemarahan. Perkara yang kecil diijadikan besar. Bahaya2! Sebab itulah para ulama' pernah berkata, mukmin itu bila diamnya adalah zikir, cakapnya zikir. Tiada salah menjadi pendiam yang berfikir, kerana memang orang yang bercakap kosong ini tidak kemana Aleh2 di situ mengumpat, melayan amarah. Hanya di situ. Di situ, Dan di situ. Tidak bergerak. Lebih baik menjadi diam drpd berkumpul layan nafsu marah kita. Sebab itu kita mesti banyak berfikir, dan berzikir. Jom lari2 drpd mengumpat!!
Lari ke mana??
Lari sujud menghadap Yang Maha Mendengar. Bermeditasi dengan solat. Rahsia pembinaan insaniah dan rohaniah. Dengan solat, kita lupa akan hal dunia, dan membina kekuatan iman, keyakinan,akhlak, dan ibadah. Seterusnya melahirkan insan-insan terpuji akhlaknya.
Dan kita akan bertukar menjadi seorang yang tawaduk, pemaaf, berlapang dada, dan tidak berkira. Kerana kita adalah hamba yang hina, begitu juga kawan-kawan kita. Kita manusia lemah, senantiasa melakukan dosa, sentiasa melayan nafsu amarah, senantiasa diganggu dengan bisikan hasad dengki syaitan.
"Dah sembahyang, tapi marahnya masih ada. Geram gila kot ngan die tu!!!!"
"Sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar." (Al-ankabut 29:45)
Bagaimanakah solat kita, renung-renungkan~
Juga peringatan untuk diri sendiri,
Nadia Mustafa
No comments:
Post a Comment