Monday, March 14, 2011

Kadang Kadang

Mungkin post ini agak menghentam jiwa-jiwa berdosa, 
tetapi dengarlah ia suara hati saya, tidak lain kepada diri sendiri,
juga kepada rakan-rakan yg dicintai, 
supaya sama-sama kita menginsafi diri 


dan..............




sementara Allah gerakkan hati membaca post ini.
sementara Allah
menghalakan kita ke sini:




Kadang-kadang,
Kita tahu kita banyak berdosa,
Kita belajar apa itu aurat wanita,
cikgu penat terang kepada kita,
Ayah Emak hantar ke sekolah yang bagus sahaja,
Punya kawan-kawan seagama yang lulus akhlaknya,

Tapi kenapa semakin meningkat dewasa,
semakin kita lari daripada berhadapan dengan tangungjawab kita,
semakin kita seronok dengan siapa kita,
semakin kita ubah diri kita,
semakin kita lupa bahawa kita ini telah banyak berubah.

Kadang-kadang,
kita tahu kita banyak berdosa,
tapi kita keraskan hati,
segala nasihat seperti menjenguk diri,
ke telinga kanan masuk terus ke kiri,
tahu tapi tidak ke hati,
jika masuk hanya berlari,
lari dari kenyataan yg kita akan mati.

Kadang-kadang,
Allah gerakkan hati kita untuk berubah,
mula merintih dalam marah,
kenapa aku sentiasa kalah,
kerana tahu diri ini salah.

Tapi apakan daya,
kita padamkan hidayah begitu sahaja,
kerana asyik dengan dunia yang bersahaja,
tidak perlu susah atau payah,
kerana mahu nikmati hidup dengan walllahhhh,
dan biarkah diri ini kalah.

Kadang-kadang,
kita nampak Tuhan kita adalah Yang Satu,
Allah Maha Kuasa tiada sekutu,
Kepada Dia kita mengadu,
semua sakit hati yang pilu,

tapi kenapa hati ini tidak malu,
bila datang si ajnabi yang lalu,
pantas, kita lupa janji yang satu,
untuk berbicara denganNya-mula berliku,
kerana seronok dengan dosa yang baru
dengan si ajnabi kita bersatu,
hati, jiwa dan hilanglah malu. 

Allah,
Kadang-kadang jiwa ini sedih,
hati ini pedih,
dan diri ini juga merintih,
mahu tapi banyak dalih,
kenapa?
mungkin ia bukan waktu yg sesuai dipilih,
untuk berubah dan terus istiqamah melatih.

Tetapi ingatlah diri,
kerana anda akan tinggal sendiri,
di dalam kubur derita tidak dapat lari,
kerana mati itu pasti,
dan jika datangnya kamu ini,
dengan mata hati yang ketahui,
bahawa ada yang menasihati,
tapi kamu ingkari,
ingatlah,
jangan semua pintu hati kamu tutupi,
kerana hidayah Allah itu tidak pasti,
yang pasti,
Allah yang paling mengetahui


: Nadia Mustafa, selepas isya', menanti...

No comments:

Post a Comment