Thursday, August 11, 2011

Ustaz Pahroi Mohd Juoi

Membaca komen ustaz, sangat menusuk berbicara ke hati. Saya sukakan kepandaian beliau berbicara dengan penulisan, dan dengan logamnya, lalu diggunakannya sebaik mungkin di jalan Allah. Kita sama-sama doakan beliau sihat dan dikurniakan rezeki yang berkat di dunia dan di akhirat. InsyaAllah Amin.




Salam semua sahabat-sahabatklu pengunjung gentarasa,
Maaf sekiranya saya tidak dapat memberi respons kepada semua jejak yang anda tinggalkan. Bukan saya tidak menghargainya, tetapi kerana kesuntukan masa. Date line majalah dipercepatkan, disamping terus merancang untuk menerbitkan sebuah majalah lagi, disamping itu saya ada juga membantu menulis risalah-risalah Ramadan di masjid. Saya tak upaya berceramah, hanya mampu menulis. Di samping itu saya sedang merawat sakit yang berkaitan saraf di tengkuk dan kepala. Kekadang sakitnya terlalu, saya berehat. Semoga itu jadi kifarah dosa-dosa saya. Saya merancang untuk menulis beberapa buah buku tahun ini, selagi ada masa, tenaga dan upaya yang dikurniakan Allah. Insya-Allah, kita akan terus berkayuh mujahadah untuk mendapat taqwa di Ramadan yang mulia ini. Pada sesiapa sahaja yang pernah melintas atau singgah di blog ini, saya doakan kesejahteraan kalian. Semuga Allah membantu kita mengingati-Nya, bersyukur kepadaNya dan memperelokkan ibadah demi kerana-Nya. Amin.

Diambil dari: http://genta-rasa.com/2011/08/07/lapangkan-hatimu-dengan-taubat/

No comments:

Post a Comment