Wednesday, February 16, 2011

2 minggu

Hampir 2 minggu sudah berlalu. Dan mula menyepi. Pelbagai idea menjelma untuk menulis, tetapi ruangan masa terlalu sempit, hari-hari berlalu tanpa sempat menulis, hanya bermain di kotak fikiran dan tersembunyi di situ, bermain di fikiran dan akhirnya menjadi monolog dalaman hati sendiri. Lemah diri ini, tidak dapat menyempitkan masa supaya semua kerja dapat di buat dengan pantas dan semuanya sepatutnya dalam kawalan, tetapi kerana namanya manusia, kita hanya merancang, Yang Maha mengetahui, Yang Maha Merancang terlebih dahulu mengaturkan kepada kita. Itulah yang terbaik.


Walaupun hanya namanya 2 minggu, tetapi, banyak pengalaman yang menjelma. Menjelma dalam bentuk isi kehidupan yang kadang-kadang akan mengugat keimanan kita sebagai hamba Allah yang berpegang pada salah satu janjiNya iaitu untuk beribadat kepadaNya, Tuhan Yang Satu.


Salah satu merupakan dugaan aktiviti-aktiviti yang menyempitkan masa untuk kita beribadah kepadanya. Apabila yang dipandangnya adalah tipu daya kehidupan, mula syaitan berbisik melancarkan serangan supaya ditangguhkan amalan-amalan kita yang seringkali di buat apabila bersendirian. Apabila sibuk, mula kita menjadi lalai dan akhirnya meninggalkan amalan sepatutnya menjadi pegangan tiang agama kita. InsyaAllah, harapnya semua pembaca tidak akan lalai dengan isi dunia yang menipu. 


Dalam 2 minggu juga, didatangi oleh adik-adik juniors yang akan bersama-sama berjuang di sini, mencari pengalaman dan melihat dunia. InsyaAllah, dengan pengalaman di sini, mereka akan dapat melihat dunia dengan mata hati, melihat bagaimana masyarakat luar melihat bawahnya Islam di mata mereka, melihat bagaimana Bumi Allah tercabul kehormatannya, melihat bagaimana betapa rapuhnya isi dunia dan ramai menusia tertipu dengan kerapuhan itu, melihat bagaimana rosaknya Alam Allah tanpa ditadbir oleh khalifah yang dilantik Allah, melihat betapa dosanya masyarakat kita melupakan Allah. Memenuhi jiwa dengan hiburan, yang janjinya hanya titik hitam di hati.


Jika difikirkan kembali, pelajar-pelajar oversea memang ramai yang akan berubah apabila di luar negeri. Tidak kira dari segi pemikiran, social, cara memilih makanan, kematangan dan pertuturannya. Ini mungkin kerana persekitaran membentuk kita untuk mencari semula identiti kita, mencari semula siapa diri kita, dan akhirnya kita akan berubah kepada apa yang hati kita mahu.


Hati.  Jika baiklah daging itu, baiklah semua nya. Bagaimana jika kita tidak menjaga hati?


Membiarkan hati tanpa mencari makanan rohaninya. 


Membiarkan hati kita sepi tanpa alunan ayat-ayat AlQuran dibaca kepadanya. Jika dibaca, kosong! Hanya betul tajwid dan tanwinnya. mendayu-dayu begitu sahaja tanpa memahami apa isi dalamnya. dan langsai tugas kita. Dibiarkan begitu sahaja.


Dan percayalah hati itu akan menjadi hitam. Kerana makanan rohaninya hanyalah pada bau. Bau hanya sedap, tetapi tidak dapat dijamah.


Dan akhirnya titik-titik hitam yang lain akan mewarnai daging itu. hiburan,fashion, dan lain-lain akan masuk kerana makanan rohani yang lemah. Dan dengan perlahan-lahan kita akan menghidupkan kehidupan yang benar akan merugikan diri sendiri. Dunia ini adalah lalai, tetapi ia tidak menipu. Semua nya terpampang luas, kepada sesiapa yang memandang isi dunia, akan dikerjakan akan dipenuhi tuntutan nafsu yang tidak pernah akan habis dipenuhi. Mengejar duit yang tidak pernah cukup, mengejar keseronokan yang hanya sementara. Hati tidak tenang, tidak bersama ketenangan yang NYATA, ketenangan bersama yang Satu.


Walhal, jelas kepada kita ciri-ciri orang beriman, yang sentiasa menjaga pergaulannya. menjaga batas-batas auratnya, yang takut akan kekasaran lidah tanpa zikir-zikirnya. Yang takut kepada amal ibadat yang tidak mencukupi kerana hidup kita hanya sekejap, 60 tahun akan berlalu begitu sahaja tanpa kita sedari.


Siapalah diri ini, mengingati orang lain padahal diri sendiri kecundang. Siapalah kita, tetapi masih tidak terlewat untuk mengubah permikiran kita, insyaAllah, marilah mencontohi mereka, orang yang beriman. Yang betul beriman diJalan Nya yang Satu


Teringat kata-kata seorang kawan yang betul-betul menusuk hati, sehingga sampai di urat saraf, boleh menaikkan nafsu marah, tapi sempat dikawal mungkin berkat doa harian, dan juga yang paling penting pertolongan daripada Allah yang satu, supaya menyejukkan hati ini, memaafkannya, jauh daripada tersinggung. insyaAllah.


"Kenapa begini? Iman terlebih?"


Dengan hanya memakai stoking, dan iman terlebih. Senyum. Hanya mahu senyum dan senyum. Tidak tahu apa  yang patut dibalas. Bukankah ianya aurat? tetapi didiamkan sahaja kerana menjaga aurat sepatutnya diketahui tetapi membalas kata-kata pada masa itu bukanlah satu tindakan yang tepat. Dan takut akan menyakiti mereka. Tetapi, kita mungkin tidak sedar akan keazaban neraka membakar kulit-kulit kita akibat aurat tidak dijaga. Tahu tetapi tidak ke hati. Tahu dan tidak takut, Takut dan terus takut.


Takut kerana dahulu juga tidak ambil penting semua ini.


Takut jika taubat tidak diterima, atau jika menjadi lalai. tetapi kita mesti ingat, Allah kan Maha Malu. Malu untuk menolak semua rayuan hamba-hambanya. Semoga kita bersama jalan yang lurus. InsyaAllah kita semua dimaafkan, insyaAllah. Semoga Allah membuka hati mereka, dan terus membuka hati kita. Ameen. 

No comments:

Post a Comment