Wednesday, August 3, 2011

Rasa awal Ramadhan



Sudah masuk 2 hari berpuasa, dan hari ini hari ketiga, setakat ini alhamdulillah checklist semua tersusun. Tetapi pagi tadi gagal dalam membaca almathurat kerana mengantuk yang amat sangat disertai dengan readings yang tidak habis di baca sebelum tutorial hari ini. Sentiasa akan rasa bersalah kerana gagal mempertahankan jadual waktu beribadah walaupun membaca al-mathurat itu adalah sunat di kerjakan. Tetapi untuk tidak membaca pada hari ini di bulan ini, Allah alangkah rugi diri ini. 

Mula kembali menyemak jadual hidup. Penuh! Penuh! Penuh! Sungguh. Betulllah kata Hasan Al banna. "Tanggungjawab kita lebih banyak daripada masa". Jika benar tanggungjawab itu banyak, tetapi kenapa sempat juga aku tidur selepas sembahyang tadi? Astagfirullah.

Di sebabkan rasa tak sedap hati duduk di dalam bilik, aku siapkan diri dan keluar dari rumah. Angin winter di luar rumah memang menggigit tulang. Namun, ia tidaklah sejuk seperti di melbourne dan sydney. Hanya sepoi-sepoi winter. Dengan tiada tempat di tuju, aku terus datang ke sini, di mana tutorial class akan di buat. Aku seorang yang mempunyai masalah pathological fear of time. Itu memang jelas. Jika mereka yang tidak kenal siapa aku dengan lebih dalam, mereka mungkin berasa lemas bersama dengan ku. Dan itu terbukti. Banyak kali. 


Masalah pathological fear of time ini adalah untuk mereka yang anxious about timing. Katakan jika kelas akan bermula pukul 11. Mereka yang mempunyai masalah ini akan berfikir untuk ke kelas dari pukul 9 dan mungkin akan beredar dari rumah untuk ke kelas yang mengambil masa 5 minit perjalanan pada pukul 10.30. Satu contoh yang menarik adalah jika bas akan datang pukul 12.00 pm, golongan ini akan memastikan mereka sekurang-kurangnya berada di dalam perhentian bus dalam 20 minit awal dengan sentiasa melihat jam mereka.

Di sebabkan itu, siapa aku membentuk sifat sabar aku apabila ada yang akan membalas dengan kata-kata sinis. Aku tidak kisah akan mereka. Kerana mereka tidak tahu atau ignorant tentang masalah ini. Aku juga tiada masalah untuk menunggu orang lewat kerana dari kecil lagi aku akan mendapat kawan yang sememangnya akan lewat di mana-mana. Cantik tarbiyyah Allah (^^) 

Aku cuba untuk membaiki diri dengan menanggal jam dari tangan kerana dengan adanya ia, lebih anxious kami tentang masa. And it works! To be in the class 5 minutes before class is an achievement! but not all the time! ^^ Banyak kali aku prefer untuk berjalan di bumi Allah bersendirian kerana aku faham segelintir orang mungkin rasa 'lemas' atau 'menyampah' dengan kelakuan mereka yang bermasalah pathological fear about time. Tetapi, apa yang boleh di katakan adalah itu kami! Itu personality kami! Jika sesetengah orang mungkin sukakan datang lebih lewat atau slow and steady, maka terimalah kami yang sharp and panctual!

Aku tidak tahu masa depan aku sebagai seorang guru, yang aku tahu seorang guru mestilah memberi contoh yang baik tentang time management dan menjaga masa adalah sesuatu yang baik! itu sahaja!

Bagaimana boleh masuk ke tajuk ini, aku pun tidak tahu, mungkin kerana terlalu laju tangan ini menekan button keyboard lappy ini.......***cuba mencari alasan***** ngeh =.=' 



Aku masih teringat rasa awal Ramadhan baru-baru ini. Perasaan yang indah, seperti mahu berjumpa dengan sesuatu yang boleh membuatkan ku berdebar. Manis. Selesa. Happy. Tenang.

Itu rahmat Allah yang paling besar dalam diri ku. Rasa tidak sabar berjumpa Ramadhan adalah satu rahmat besar untuk aku yang sangat kecil dan hina ini. Alhamdulillah~

Berpuasa di bumi Australia ini sangat special. Special lebih dari rasa special di Malaysia. 

Sebabnya kerana ia bulan beribadah bukan bulan makanan.
Di sini pesta makanan semestinya tidak ada. Tiada bazaar, tiada gerai, dan tiada rendang mahupun cempedak. Jika mahu dan teringin sangat-sangat, maka berasaplah dapur. Senyum. Untuk kami pelajar University tarbiyah, mungkin kurang masa untuk ke dapur dan mencipta resepi atau memasak resepi. Apa yang ada itulah bukak puasa kami. Alhamdulillah, orang Arab di sini baik-baik belaka, mereka sanggup utk sponsor iftar orang-orang muslim di sini. Dan kerana itu, kami bernasib baik kerana ada makanan untuk kami makan. Walaupun hanya nasi dan beberapa ketul daging kambing untuk 25+ hari yang sama. Dan sesuai dengan aku, aku bukanlah jenis yang memilih. Maka dengan itu, bumi Brissie ini bukanlah sesuai untuk menjadikan bulan Ramadhan ini bulan pesta makanan. 

ia bulan diam, bukan bulan berkata banyak. Ia bulan bangun malam, bukan bulan tidur siang dan malam di Malaysia. Komuniti Malaysia yang sedikit di tambah aku yang duduk jauh dari orang lain membuatkan aku lebih banyak diam dan tidak banyak berkata-kata. Dan apa yang aku notice adalah lebih banyak diam membuatkan kita banyak berfikir tentang kekuasaanNya. Bukan apa, bila kita banyak bersembang dengan kawan-kawan perempuan terutamanya, perbualan itu lebih banyak kepada yang lara. ****senyum kambing**** Bulan bangun malam-sebabnya sahur sini awal, dan habis pun awal. Dah alang-alang bangun awal untuk sahur, baik awalkan sahaja untuk Qiam. 

Ia bulan sederhana bukan bulan membazir. 
Ini part paling best! Sebabnya, makanan yang ada akan di masukkan ke dalam perut sebaik mungkin. Tiada sisa. Kerana pelajar luar negara memang begitu. Sebabnya kami tiada masa untuk relax di rumah, masak dan masak. Mungkin dulu ada masanya, sekarang nikmat itu lebih di gunakan untuk membuat kerja. hehehe dan apabila makan iftar free, kenelah bersedia untuk berkongsi lauk pauk dengan orang lain, satu kebab biasa mungkin akan di bahagi dua orang kerana ketidakcukupan kuantiti. Apa yang boleh di rumuskan adalah bukak puasa di sini adalah sangat sederhana tidak membazir seperti aku di Malaysia dulu, InsyaAllah :)

Dan aku sentiasa harapkan bahawa hari-hari yang akan datang akan membentuk ia sebagai bulan ketenangan, bukan bulan yang busy dengan kerja. InsyaAllah, Ianya juga, untuk aku, bulan istimewa yang kekal di hati, bukan bulan yang akan berlalu pergi.    

No comments:

Post a Comment