Tuesday, May 24, 2011

berserah dan bersalah~

Mampukah diri ini?
menjejak dan membawa
hati hati itu kembali

Mana mungkin?
Kerna diri ini masih kotor,
dan masih hina
kerana dosa di hati.

Allah, kalau boleh
dijeritkan rasa hati,
hilang kan payah
sambil di pupuk hati,
supaya tidak mati.

Bukan diri ini rekah,
tapi niat hati mahu,
roh ini malu,
jasad ini kaku,
kerana bicara ini di sapu 
untuk bukti akhirat seru.

Dan kerana itu,
jiwa ini berteleku,
takut akan dosa,
kerana kata tidak di kota
Bagai kapal
menyusuri 
tiada nakhoda

Allah,
Ampuni diri ini,
maafkan mereka,
jika mereka kelah,
melayari jalan ini,
kerana diri ini juga payah
begitu juga mereka.

Dan diri ini berserah 
kerana rasa bersalah

No comments:

Post a Comment