Sunday, May 15, 2011

tentang emak dan jodoh

Alhamdulillah~ Alhamdulillah~ Alhamdulillah~


Baru selesai telefon emak 2 mins tadi, rasa nikmat yang di beri olehNya sangat besar. Dikurniakan seorang mak yang sangat tenang, sangat kelakar. Jikalau seorang anak boleh menangis kerana terlalu sedih, dia juga boleh menangis kerana gembira, walaupun perbualan telefon hanya untuk 15 mins. Rasa diri sangat bersyukur kerana dikurniakan Ilahi untuk mempunyai seorang ayah dan seorang emak. Terima kasih Allah kerana memberi nikmat yang besar kpd insan yang hina ini. Terima kasih Allah~ 


Bukan semua orang di luar sana di beri kesempatan untuk mempunyai dua insan yang juga penawar hati juga pengubat rindu. Ada yang tidak pernah langsung menjumpai ayah atau ibu mereka. Dan setiap kali di bicarakan tentang kehilangan salah satu drpd orang kesayangan mereka di depan mata ini, bukan senang untuk mata ini menahan air mata untuk tidak menangis di hadapan mereka. Kerana faham hati mereka sangat merindui untuk bercakap, berbual walaupun sekejap. Tetapi hasrat itu tidak kesampaian. Kerana nikmat itu tidak di beri kpd mereka. Kuatlah kawanku! Kuatkan hatimu!
Kuat ujian yang di berikan kepada mereka, kerana Allah juga tahu mereka kuat untuk menerima ujian tersebut. Semoga kawan-kawan yang tidak di berikan kesempatan untuk bertemu ayah dan ibu mereka di dunia ini, akan bertemu di syurga sana, InsyaAllah. 


Apabila usia sudah dlm dua-puluhan, tajuk favourite kami anak beranak adalah bicara tentang jodoh. Menunggu kakak-kakak yang terdahulu menjumpai jodoh sangat membuatkan hati ini berdebar. Untuk kami keluarga yang mempunyai semua anak perempuan, siapalah gerangan hati jejaka yang akan memasuki keluarga kami. Sungguh excited! :).



Yang kelakarnya, emak berhajat supaya kakak 1, kakak 2, dan adik ke 4, berkahwin serentak. Di mana saya punya kedudukan anak ketiga? :'(, Tak terlintas di fikiran emak untuk melihat saya di pelamin untuk seketika ini. Mungkin emak lebih tahu yang mana patut bagi kahwin dulu kot. :) chomel saja alasan mak, Sebab mak mahu saya fokuskan kepada kerjaya. Lagi kiut alasannya di situ. 


Bila di fikirkan semula, memang hati ini juga tidak berhajat untuk kahwin awal kerana masih banyak perkara yang belum di pelajari lagi. Banyak ilmu yang tidak di gengami lagi. terutamanya ilmu sabar dengan sesama manusia. Hati ini juga mahu mengenal penciptanya terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan cinta saya di Dunia. InsyaAllah~


Semalam, ada salah seorang kawan yang membuat announcement tentang pertunangannya yang tidak lama lagi. Alhamdulillah, lagi seorang akan meninggalkan club zaman muda. Tersengih sahaja kerana cepat sungguh jodoh mereka. Hanya tersengih .^^


Alam perkahwinan bukanlah alam main-main untuk saya. Alam perkahwinan adalah amat penting untuk saya untuk di pandang remeh, begitu juga semua orang. Alam yang di mana segala-galanya di kongsi. Alam di mana yang satu sudah menjadi dua. Alam di mana semua keburukan dan kelebihan diri akan di pertontonkan kepada pasangannya. Alam di mana kita akan mula start our gear kesabaran untuk menerima tabiat buruk si pasangan. Alam di mana hanya kegembiraan di kongsi dua jiwa. Alam di mana semuanya berganda dua. Alam di mana kita mula belajar apa itu nikmat berkeluarga. 






Bukan harta benda yang di cari tetapi yang paling penting, si suami dapat membawa saya ke jalanNya. Saya hanya berdoa supaya si suami juga mempunyai fikrah yang sama seperti saya, yang juga mempunyai kematangan dalam pemikiran, dan sabar dan yakin membawa saya di jalanNya, dan juga sanggup menunggu bersama saya untuk melihat Islam di junjung. Besar harapannya, besar jugalah pengorbanannya. harap hati akan kuat di jalan ini. InsyaAllah. InsyaAllah (sambil tersenyum)


p/s: Bila bergurau dengan rakan-rakan, ramai yang meneka siapa gerangan masing-masing, dan saya di rasai untuk mendapat Zauj yang matang kerana yang matang itu yang menjadi pilihan hati.   






  

No comments:

Post a Comment