Tuesday, May 17, 2011

Kasihankanlah kami

Alhamdulillah sekali lagi Allah memberi ruangan masa untuk berkata-kata dalam kotak blog yang entah di baca atau tidak di baca. Tetapi kotak blog ini seperti kata-kata hati yang dianggap nasihat kepada diri sendiri. InsyaAllah.


Terbaca satu artikel yang menarik untuk dikupas di sini. Buat saya seorang pemudi yang melalui dua alam kehidupan (alam kejahilan dan alam hidayah Allah), nampak dengan jelas apa yang dikatakan oleh si blogger itu dengan:


"Pandanglah mereka dengan neraca keimanan"

Mereka di sini merujuk kepada para remaja di luar sana yang 
tergila-gilakan dunia hiburan, 
tergila-gilakan nama, 
tergila-gilakan kemashyuran diri, 
tergila-gilakan duit yang tak habis dikejar, 
tergila-gilakan fashion,
 
tergila-gilakan hidup senang lenang, 
tergila-gilakan hidup yang penuh dengan suka ria, 
tergila-gilakan kesenangan hidup, 
tergila-gilakan menikmati dunia ini yang penuh dengan tipu daya. 

Jika di ambil kira fakta sejarah, mereka tidak bersalah tetapi mereka adalah mangsa keadaan. Mereka tertipu dengan sejarah yg tertutup dan mereka bersalah kerana menutup pintu hati tanpa memberi pandangan hidayah kepada hati mereka. 

Supaya kita yang di sini memandang mereka dengan neraca keimanan. Pandanglah mereka dengan penuh kasih sayang seorang hamba Allah yang sama, pandanglah mereka dengan belas seorang kawan yang juga akan di temui di akhirat dengan keadaan yang sama; hidup yang penuh dengan dosa. Allah.

"Sesungguhnya mereka tidak mengetahui"

Mereka tidak mengetahui betapa sempitnya hidup di dunia ini dengan dosa, 
tidak menyedari bahawa hidup ini hanya betul-betul ujian yang akan mencabar keimanan kita walau di mana pun kita berada. 

Tidak mengetahui bahawa hidup ini hanya sebagai kenikmatan sementara. 

Ada yang di uji dengan kuat, ada yang di uji dengan kegembiraan dan ada yang di uji dengan kesedihan, Dan ada juga yang di uji dengan kenikmatan hidup. Nikmat hidup yang boleh menutup matlamat hidup. 

Itulah mereka, para remaja pada masa kini. Mereka seakan-akan lupa akan datangnya akhirat dan lupa akan kemunculan neraca AL Mizan, lupa akan kehidupan kubur yang akan menjadi lama di temani ular-ular sawa yg menggerunkan sehingga hari kiamat. Nauzubillah.

Itulah kami. Kami tidak nampak. Percayalah. Sesungguhnya kami tidak sedar betapi sikit masa yang kami kecapi untuk kembali kepadaNya. Allah

Oleh itu pandanglah kami dengan neraca keimanan. Teruskan usaha-usaha kamu menyebarkan kata-kata Ad Deen Allah, teruskan menasihati kami supaya kami kembali kepada Dia dengan sekecil-hina hati kami.

Berbicaralah dengan kami dengan hati yang beriman, 
katakan kepada kami bahawa dunia ini hanyalah mainan, 
ucapkanlah kpada kami bahawa diri ini sedang tertipu. Yakinkanlah kami dengan dunia akhirat sana.

Kerana sesungguhnya kami tidak mengetahui, sesungguhnya kami tidak sedar, sesungguhnya kami lalai dan alpa dengan dunia. Allah

Kasihankanlah kami, pandangkanlah kami dengan neraca keimanan.  

No comments:

Post a Comment