Sudah masuk 2 hari berpuasa, dan hari ini hari ketiga, setakat ini alhamdulillah checklist semua tersusun. Tetapi pagi tadi gagal dalam membaca almathurat kerana mengantuk yang amat sangat disertai dengan readings yang tidak habis di baca sebelum tutorial hari ini. Sentiasa akan rasa bersalah kerana gagal mempertahankan jadual waktu beribadah walaupun membaca al-mathurat itu adalah sunat di kerjakan. Tetapi untuk tidak membaca pada hari ini di bulan ini, Allah alangkah rugi diri ini.
Mula kembali menyemak jadual hidup. Penuh! Penuh! Penuh! Sungguh. Betulllah kata Hasan Al banna. "Tanggungjawab kita lebih banyak daripada masa". Jika benar tanggungjawab itu banyak, tetapi kenapa sempat juga aku tidur selepas sembahyang tadi? Astagfirullah.
Di sebabkan rasa tak sedap hati duduk di dalam bilik, aku siapkan diri dan keluar dari rumah. Angin winter di luar rumah memang menggigit tulang. Namun, ia tidaklah sejuk seperti di melbourne dan sydney. Hanya sepoi-sepoi winter. Dengan tiada tempat di tuju, aku terus datang ke sini, di mana tutorial class akan di buat. Aku seorang yang mempunyai masalah pathological fear of time. Itu memang jelas. Jika mereka yang tidak kenal siapa aku dengan lebih dalam, mereka mungkin berasa lemas bersama dengan ku. Dan itu terbukti. Banyak kali.