Dengannya, kita dapat ketemu dengan sesiapa sahaja. Yang kita suka lalu kita bersandar sambil melihat indahnya kehidupan. Lalu kita rasa seronok untuk bersandar lebih lama. Rasa cinta akan dunia akan memutik. Indahnya kehidupan apabila kita suka akan seronoknya tanpa sedar kita sebenarnya sedang di uji dengan kehidupan. Seronoknya sampai kita tidak terlihat banyaknya masa yang sudah kita toleh kerana bercinta dengan kehidupan. Seronoknya sampai kita boleh bergelak ketawa sehingga lupa bahawa masa sedang berjalan tanpa amal ibadat kita bergerak. Seronoknya kita sampai hilang rasa manisnya beribadah untuk Allah. Indahnya kehidupan ini kerana boleh mencungkil mata hati tanpa perlu senjata yang tajam. Manisnya kehidupan ini kerana semua ada didepan hati. Tetapi jauh sekali untuk di pelajari.
Astagfirullah, Astagfirullah Astagfirullah.
Inilah kehidupan.
Apabila kita diuji, baru kita tarik nafas hidayah. Bila ada yang memaling batu dari atas, baru kita pandang di atas meminta Dia supaya jangan memaling batu lagik. Pada saat itu, baru kita pandang ke atas. pada saat itu, baru kita berhenti bermain. Hanya kerana batu.
Namun Ya Allah. Aku rasa bersyukur dengan batu kamu lempari kerana dengan itu barulah aku pandang ke atas. Jika tidak, masih lagi aku singgah dan bersandar di kehidupan ini. Masih rasa selesa dengan kehidupan ini. Mengejar apa yang tidak patut dikejar. Merehatkan diri untuk apa yang tidak patut di rehatkan.
Allah, sungguh mulia para tabiien zaman dahulu kala kerana berjaya menolak nafsu duniawi. Jika diajak orang lain untuk berehat dan bersandar pantas mereka akan menolak lamaran itu. Itu lah kehidupan. Sesiapa yang berjaya mengelak, pasti akan bahagia.
Dan batu yang kau beri itu, ringankan lah Ya Allah, supaya ia tidak akan mencalarkan dahi ku lagi, Supaya ia tidak mengguriskan hati ini lagi. Supaya aku akan dapat meneruskan perjalanan ku Ya Allah. Sungguh batu itu adalah lambang kekecewaan yang di mana kita akan kembali padaNya apabila kita kecewa dengan dunia.
Terima Kasih Ya Allah~ Bimbing aku ke arah Mu Ya Allah~ Amin Ya rabbana A'lamin~
No comments:
Post a Comment