Saban hari semakin lama berada di Malaysia semakin sedar diri ini betapa jauhnya diri ini dengan jalan2 dakwah. Kalau dulu diri ini adalah yang menyeru kait2 dakwah, tetapi sekarang diri ini hanya memerhati. hanya bersendiri. Allahurabbi.
Medan di Malaysia adalah medan sebenar. Yang memaksa kita berlari mengikut arus dakwah. Jika kita bertatih, maka ketinggalanlah kita. Aku menyaksikannya. Aku memerhatikannya. bahawa aku ketinggalan. Bahawa jalan syahid itu sudah semakin jauh.
Untuk menegakkan Islam di hati memerlukan semangat istiqamah yg tinggi. Di samping tidak putus2 doa untuk mendapat hidayahnya. Allahu rabbi.
Di mana silapnya aku tersungkur? sudah banyak kali tersungkur, bergelumang dengan dosa2 jahiliyyah, Allahurabii,,
Silapnya
Adakah niatku? Adakah Amalku? Adakah solatku?
Aku mahu berjuang tetapi kenapa perjuangan itu tidak sampai kepadaku, yang smpai hanyalah kejahilan?
Bukan mahu merungut tetapi mencari kesilapan diri? Di mana???
Sesiapa yang menjaga agama Allah, Allah akan menjaganya.
Aku cuba dan aku tersungkur, itulah silapnya...
Wahai diri baliklah ke pangkal jalan. tolonglah jiwa, sahutlah hidayah ini.
Allah bantulah aku ke pangkal jalan, tukarkan hati yg kotor ini Allah~
Ameennnn ya Rabb
No comments:
Post a Comment