Pelik.
Pelik apabila tibanya syawal kita seakan-akan membuka topeng kebaikan, dan menunjukkan inilah sebenarnya diri kita yg betul2 dahagakan nafsu.
Pelik apabila datangnya Syawal, seakan-akan semua hilang ingatan tentang malam-malam yang syahdu.
Pelik apabila hadirnya Syawal, berbondon-bondong kita terima maksiat untuk kembali kepada kita.
Bermakna, apakah makna Ramadhan kita?
Adakah Ramadan hanya dicipta oleh Allah untuk kita mengawal nafsu hanya untuk sebulan?
Adakah Ramadhan hanya untuk di buat bahawa cantiknya Islam pada nama.
Hanya beberapa hari Syawal, semua seperti merayakan kepergiaan Ramadhan, rasa rindu mungkin ada, cuma rindu itu untuk di simpan nanti untuk Ramadhan masa depan. Jika kita masih ada...
Di sebabkan Ramadhan itu tersangat istimewa, sehingga sangat takut menghadapi Syawal.
Takut untuk mengadap segala maksiat yang di depan mata yang di mana pada Ramadhannya, sebagai hilang terus daripada pandangan mata.
Malah, ramai pula yang bermegah-megah dengan maksiat yang di buat.
Tidak terfikirkah mereka tentang si Dia yang sedang memandang.
Tidak terfikirkah mereka bahawa hubungan yang haram itu menjadi bukti di akhirat nanti?
Tidak terfikirkah mereka tentang ikhtilat lelaki dan perempuan,
atau adakah larangan agama ini di anggap kuno?
Tidak terfikirkah mereka?
Atau aku yang banyak berfikir?
Astagfirullah..
Hati sangat marah menyaksikan peristiwa maksiat yang berleluasa di depan mata. Marah sehingga tidak boleh berada di tempat itu kerana sakit hati dan parahnya jiwa. Sedih sehingga wajib melarikan diri. Dan satu hari itu, hari ku menjadi hari yang suram. Satu hari yang sangat kacau.
Allah, tolong aku, jangan tarik nafas hidayah ini, jangan butakan aku dengan keseronokan dunia.
Dalam diam, perasaan ini di pupuk..
satu perasaan halus dan bisikan yang membisik pada naluri hati..
"Aku sangat takut menghadapi Syawal kerana Ramadhan yang berlalu itu sangat istimewa"
No comments:
Post a Comment