Aku suka melihat mereka yang menjadi inspirasi aku untuk lebih kekal di dalam jalan tarbiyyah ini, aku sentiasa kagum dengan mereka. Mereka adalah golongan yang banyak ilmunya, tinggi ilmu hukum fekahnya, jelas fikrahnya, tahu banyak benda tetapi mereka adalah golongan yang paling banyak mendiamkan diri di dalam banyak majlis agama. Hanya berkata apabila perlu, tetapi di dalam masa yang sama, mereka tidak banyak menegur, tetapi di samping melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
Padahal dalam sepanjang aku mengenali mereka, mereka bukanlah sentiasa yang jenis orang yang mendiamkan diri. Apabila orang lain ketawa, mereka ketawa, apabila orang lain buat lawak, mereka juga menjadi salah seorang penyumbang kepada lawak tersebut. Tetapi kenapa dalam banyak majlis ilmu mereka yang paling suka diam,tidak banyak menegur dan paling tidak banyak menyuarakan pendapat. Pelik!
Bukan sahaja mereka, tetapi ramai lagi kakak-kakak naqibah yang hebat, memang beginilah perangai mereka, banyak mendiamkan diri di majlis agama, sangat susah untuk menegur orang, bukan mereka tidak tahu banyak ilmu, malah kita tahu ilmu mereka sangat banyak, tapi diam menjadi salah satu pilihan hati mereka.
Kagum!
Adakah mereka diam kerana tidak faham atau terlalu faham?
Adakah mereka memilih untuk diam kerana mereka mahu orang lain yang menegur?
Adakah mereka diam semasa di majlis ilmu kerana mereka takut untuk berkata-kata?
Adakah mereka rasa rendah diri kerana mungkin ilmu yang di perbicarakan itu adalah ilmu baru yg tidak pernah di dengar.
Hurm, Bukan rasanya, kerana banyak ilmu untuk kami para duat adalah ilmu yang sering diulang, banyak kali di dengar kerana kami tidak faham ilmu tersebut untuk masuk keterus ke hati.
Adakah mereka itu memang tidak faham? Memang mustahil!
Adakah mereka itu hebat?
Ye! Mereka memang hebat!
Kerana apa yang ingin diperkatakan oleh seorang ulama ini memang sangat ada benarnya…
“Seorang muslimah itu banyak yang hendak di perkatakan, tetapi memilih untuk diam”
Menjadi seorang yang berfikrah ‘amar makruf nahi mungkar’, sudah menjadi tangunggjawab untuk kita melawan segala bentuk kejahilan di atas muka bumi ini samaada dengan perbuatan, tangan, lisan atau hati. Tambah-tambah, jika seorang muslimah itu seorang yang observant, apa yang di lihat, experience akan menjadi bahan untuk ilmu nasihat. Itu juga boleh membuatkan kita akan banyak berfikir, membuat muhasabah diri dan memperbaiki diri. InsyaAllah~
Tetapi mempunyai ciri-ciri di atas bukanlah bermakna kita tidak boleh faham kenapa seorang muslimah itu akan sentiasa untuk memilih menjadi diam.
Mereka memilih untuk diam daripada menegur perbuatan seseorang,
mereka memilih untuk diam untuk tidak menghuraikan ilmu yang di ketahui,
mereka memilih untuk diam jika adik-adik atau sahabat-sahabat belum faham fikrah Islam yang benar
kerana…
Kerana.. aku rasa
Yang pertama, mereka faham bahawa proses tarbiyyah ini mengambil masa yang panjang, tidak boleh dengan berkata-kata atau melalui perbincangan lisan sahaja boleh mengubah jiwa dan raga seseorang.
Mereka faham dengan kehadiran hati untuk belajar tentang Islam, akan bekejar-kejarlah ilmu fekah, ibadah, sejarah yang akan menyusuli madu’ kita. Maka, mereka tidak perlu mengajar ilmu yang baru sekarang, yang mungkin di anggap berat oleh sesetengah orang kerana yakin masanya akan datang nanti.
mereka faham bahawa mereka harus mempunyai sifat yang sabar yang sangat tinggi bahawa sesiapa yang melakukan kesilapan /kejahilan di depan mereka akan mengetahui salah dan silap mereka suatu hari nanti. Cuma jika mereka menegur, mereka tahu ramai yang tidak boleh menerimanya buat masa sekarang
mereka faham bahawa bukan semua yang di perkatakan akan terus mengubah seseorang kerana mereka faham bahawa method yang pertama untuk mengubah seseorang adalah dengan hati ke hati.
mereka faham bahawa pemikiran fikrah akan datang kemudian harinya apabila seseorang itu faham apa tujuan hidup mereka.
Mereka faham bahawa berbincang tentang perbualan fekah tanpa ada ilmu atau hanya mengikut pandangan diri tidak akan ke mana, dan akhirnya Allah juga yang lebih mengetahui.
Mereka tahu bahawa ‘action speaks louder that word, but word hurts more than actions’. Maka, mereka lebih berhati-hati dengan kata-kata mereka.
Mereka tahu bahawa untuk berkata tentang sesuatu memang tersangat mudah, tetapi untuk memilih masa,tempat, cara, ayat, perkataan yang tepat lebih besar tanggungjawabnya drpd berkata-kata.
Mereka tahu bahawa lurusnya iman mereka dengan lurusnya lidah mereka. Maka mereka memilih untuk lebih diam.
Walaupun mereka lebih memilih untuk banyak diam, bukanlah bermaksud mereka tidak menjalankan tangunggjawab sebagai khalifah dan abdillah. Tetapi merekalah sepatutnya di sarungkan mahkota daiellah yang bersinar.
Dan semua itu memerlukan masa yang lama dan method yang betul, bukanlah dengan banyak menegur, bukanlah dengan banyak berkata-kata. Tetapi method yang utama adalah menyentuh hati madu’ dengan sikap Islam duat itu sendiri.
Dan yang pastinya memilih untuk diam drpd banyak berkata-kata ataupun banyak menegur adalah ciri-ciri seorang muslimah yang sangat penting kerana ramai antara kita termasuk diri sendiri juga kadang-kadang hold back dengan orang yg menegur kita sembunyi-sembunyi apatah lagi terang-terangan.
Dan yang lagi berkesan dan lebih menusuk ke hati apabila kita melakukan kesilapan, tetapi kesilapan itu kita ketahui setelah tahu bahawa daie itu sebenarnya banyak bersabar dan tidak jemu-jemu untuk membawa kita kembali ke jalan sebenarnya.
InsyaAllah. Aku mahu jadi seperti mereka kerana Allah~ InsyaAllah~ Dan sekali lagi satu insight yang sangat betul2 ingin didalami. Dan aku mahu lagi. Aku mahu faham lagi tentang Islam ‘a doing verb’.
No comments:
Post a Comment