Sunday, October 30, 2011

Menyertai tarbiyyah itu suatu perjuangan, menghadiri tarbiyyah itu suatu jihad

Belum pulang ke tanah air, Allah menguji kita. Dan kita sudah bergetar lutut. Mula goyah hati. Tak tahu ke mana hilangnya semangat yang pernah kita sautkan kepada yang ramai. 
Jika kita di beri gula-gula, dengan satu ayat kata-kata Allah. Maka secara teorinya kita sudah tahu jawapannya, kita memilih satu kata-kata Allah. Namun, jika Allah bentangkan seluas-luasnya jalan jihadNya, kita mula memandang gula-gula itu. Bukan kah kita tahu teorinya, maka kenapa practicalnya, kita mengalihkan pandangan. Mengapakah hati kita berbolak balik dan kita melayan perasaan bolak balik itu? Kerana sebiji gula-gula. Wa nauzubillah.

Jihad ini bukanlah suatu kisah Cinderella. 
Jihad ini perlukan pengorbanan,
 jihad ini juga suatu obsessi,
 jihad ini menampakkan kita dengan susur galur dunia yang menipu,
 jihad ini membuatkan kita seringkali menangis seringkali juga tersenyum, 
jihad ini membuatkan kita merasai rasa takut menjaga taqwa kita,
 jihad ini membuatkan kita sering tinggalkan rumah, 
jihad ini membuatkan kita banyak muhasabah diri, 
jihad ini mengajar kita, mengajar untuk bermujahadatun nafsi! 
Maka benar kata-kata Allah, jalan yang beruntung adalah jalan berjihad di jalan Allah. 
Mengapa kita bergetar lutut memikirkan gula-gula itu? Wa nauzubillah.

Kita adalah khalifah Allah, kita ada tanggungjawabnya kepada Allah.
 Kita pun ada tanggungjawabnya dengan manusia. 
Kita ada tangungjawab yang perlu dua-duanya kita laksanakan.
 
Jika ianya bertentangan, maka pilihlah, tunailah tanggungjawab kepada Allah. 

Kerana Allah tidak hadirkan ujian itu untuk suka-suka kita untuk kita menilai persahabatan kita antara dia,
 Allah tak hadirkan ujian itu untuk kita menghargai persahabatan yang telah lama di bina, 
Allah tidak menghadirkan ujian itu untuk kita lebihkan tanggungjawab manusia lebih drpd tanggungjawab kepada Pencipta kita. 
Allah hadirkan ujian itu untuk menunjukkan jalan kepada siapa yang lebih kita lebihkan. 
Allah hadirkan ujian itu untuk menyatakan bahawa jihad ini memerlukan kesanggupan kita daripada keterpaksaan kita. 
Allah hadirkan ujian ini untuk sedarkan bahawa lebih banyak yang di sana menanti kehadapan yang lebih memerlukan kita lebih jelas dengan fikrah pengorbanan itu.

Maka kenapa kita masih ragu dengan gula-gula itu? wana'uzubillah.

Antunna, 

jawapan pada persoalan kita tidak penting, kerana sesungguhnya Allah telah tahu jawapannya, 
kerana Allah hadirkan persoalan ini di hati kita supaya kita muhasabah diri pada siapa yang kita sepatutnya lebih-lebihkan, 
pada siapa yang harus kita tunaikan, 
kepada siapa yang kita harus utamakan. 

 Kita tak perlu tahu pada jawapannya, dunia atau akhirat, mana yang kita lebihkan mana yang kita kurangkan. 
Kerana yang kita mahu adalah naikknya kefahaman kita berada di jalannya, naiknya himmah kita untuk lebih kekal di jalannya,
 naiknya kesanggupan untuk berkorban di jalannya, 
supaya kita boleh disenarai pendekkan untuk menjadi salah seorang shahidnya. Supaya Allah mempunyai sebab memilih kita untuk berada di kalangan para soleh, malah jika betul usaha dan niat kita, 
mungkin juga kita berada di sebelah kamar nabi di syurga nanti, *jauh impian, maka kuatkanlah diri berkorban*

Akhir kata, menyertai tarbiyyah itu suatu perjuangan, menghadiri tarbiyyah itu suatu jihad. InsyaAllah~









 
 
  

Thursday, October 27, 2011

FhansalaQa!

7:175


And recite to them, [O Muhammad], the news of him to whom we gave [knowledge of] Our signs, but he detached himself from them; so Satan pursued him, and he became of the deviators. (7:175)


One day or two, after three or four months, years by years...
You realize that you are already far-far far away from dakwah and Tarbiyyah...
because you detached yourself like snakes shed their skins slowly, but surely! 
Wa nauzubillah. 



Friday, October 21, 2011

Akak Daie yg bekerja tidak akan selalu online.



Sentap tak tajuk di atas? Secara jujurnya memang akan sentap. Diri ini juga. Sengih. Sebab post ini bertujuankan mengingatkan diri sendiri, tiada yang lain.

Kerana aku lihat aku sendiri banyak kali mengonlinekan diri dan aku lihat mereka yang lain juga begitu.  Yang suka menyebarkan itu ini di facebook, update status, baca itu ini. Satu fenomena yang luar biasa apabila anda scrolling down muka buku itu, semua tentang Islam, hadis sana-hadis sini, tegur sana-tegur sini, sedih sana senang sini, semuanya kembali mengingat Allah. Alhamdulillah.

Kita gembira kerana satu gambaran kecil tentang apa itu aura Islam telah berlaku di depan mata, belum lagi aura Islam yang sebenar di hadapan anda, bermakna benarlah kata-kata orang bahawa di zaman ustaziyatul alam abasiyyah itu, para ibu yang keluar akan bercerita tentang Al-Quran! MasyaAllah! Aku kini melihatnya!

Itu secara positifnya, jika kita pandang sebaliknya?

Hurm…..Jika kita berdakwah secara online di rumah,

Siapa yang sebenarnya bekerja?
Siapa yang pergi berhadapan dengan jahiliyyah?
siapa yang pergi bermua’yasha dengan adik2 di luar?
Siapa yang pergi meneman mereka, duduk bertahan bersama dunia kejahilan mereka?
Siapa yang menyebarkan agama-agama Allah di muka bumi Australia?
Siapa yang sedang DF adik2? 
Eh DF juga di fb, jangan x tahuuuu…
owh silap diri, silap tanya soalan, Siapa yang hati ke hati mengDF adik2?
Siapa yang menyelami hati-hati nur jahiliyah mereka?

Dan jika kita tak habis update itu-ini, kata itu ini, baca itu ini di muka buku itu,
Siapa yang sedang membaca Al-Quran?
Siapa yang sedang mengkaji Al-Quran?
Siapa yang mengulangkaji ISK untuk masa hadapan?
Siapa yang mengkaji syllabus-syllabus dakwah?
Siapa yang sedang membaca kitab2 yang di tulis para ulama’?

Siapa ep? Eh, siapa lagi, yang beronline lah. Ok <-- Yang itu sentap.

Hai Diri, jika di tanya nanti suatu hari tentang kenapa kita tidak boleh menyampaikan dakwah kepada org ramai, katakan bahawa aku tidak cukup ilmu, tidak cukup masa.

Kerana aku tidak mempunyai masa untuk membuat assignments yang sangat banyak kerana aku sibuk mengpost itu ini di laman muka buku itu. 
Kerana aku sibuk membuat dakwah secara online. 
Kerana aku sibuk membaca artikel itu ini di facebook. 
Sangat penting utk pembangunan ummah.

Hai diri, sedarlah engkau tidak mempunyai banyak masa.

P/s: Diri ini makan cili, dan terasa pedasnya, begitu juga orang yang sedang telan air liur mereka sekarang. Tidak ada kaitan post ini dengan orang yang mengonlinekan diri untuk urusan dakwah di fb kerana updates muharakahnya hanya di FB. Peace no Way! hehehe

Wednesday, October 19, 2011

Kita buat tak tahu aje kan pasal boikot McD and KFC nie ( --_____--")

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Rakyat Palestin 
says 'I'M LOVING IT!!' 

(By-Hafidzi Mohd Noor)

 
 
Bayangkan senario ...ini.

"Satu tinjaun yang dibuat di sebuah pekan di Palestin mendapati penduduk sedang menjamu selera di restoran McD. Ketika itu sebuah NGO yang sedang menjalankan kempen boikot McD bagi membela rakyat Malaysia yang dikepung dan dijajah oleh Israel membuat tinjaun pendapat orang ramai di Palestin. McD sebagaimana yang diketahui melabur di israel dan menyalurkan keuntungannya bagi... membiayai industri perang dan menguatkan penindasan/kepunganya ke atas rakyat Malaysia yang sedang menderita.

Tinjauan pendapat tadi mendapati sebahagian besar rakyat Palestin berpendapat jika restoran mcD di boikot maka anak-anak Palestin yang bekerja di restoran McD akan kehilangan kerja, ibu-ibu tunggal akan kehilangan mata pencarian. Lagipun mereka kata jika kita boikot McD maka kita kena boikot juga FB dan internet, dan jangan naik kapalterbang kerana semua tu barang yahudi' Setelah mereka mengeluarkan pendapat-pendapat tersebut mereka terus makan dengan enak dan ketawa terbahak-bahak bersama rakan-rakan mereka.'

Dalam pada itu rakyat Malaysia terus menderita, anak-anak yatim yang mana ibu bapa syahid dibunuh oleh regim zionis semakin bertambah, ibu-ibu tunggal semakin ramai dan dunia melupakan mereka
 
 
 
 

Tuesday, October 18, 2011

Mudah sungguh saya menghakimi orang di sekitar kan..?




Mudah sungguh saya menghakimi orang di sekitar kan..? 

Pantas benar saya menghukum mereka yang masih belum faham kan..?

 Lantang benar saya berhujah, 

mematikan terus pihak lawan tanpa memahami dahulu situasi dan keadaan yang sebenar kan..?

Astagfirullah hal 'azim.

Ya Allah, takut sungguh berada di jalan ini,

 takut sungguh untuk keluar di jalan ini,

 takut sungguh untuk berhadapan dengan diri sendiri.

Takut sungguh dengan Dunia ini. 

Kuatlah diri, kuatlah hati.



Monday, October 17, 2011

hari tidak kena, selalu.

Bismillah... 

di harap hari ini semua berjalan lancar, 

hai iman, jagalah diriku.

hai diri, jagalah jiwamu.

hai jiwa, jagalah hatimu.

hai hati, jagalah lidahmu.

hai lidah, luruskan perbicaraanmu.

Allah, tolong jaga diri ini. 

Amin.