Thursday, August 11, 2011

Arwah Ustaz Fadhil Noor



 Teringat kata2 beliau: Jika kita tak mahu berjuang, maka Allah akan gantikan dengan orang lain.
 Semoga beliau di cucuri rahmat di alam kubur sana, dan di tempatkan di kalangan para soleh-solehah

InsyaAllah, Amin.

Ustaz Pahroi Mohd Juoi

Membaca komen ustaz, sangat menusuk berbicara ke hati. Saya sukakan kepandaian beliau berbicara dengan penulisan, dan dengan logamnya, lalu diggunakannya sebaik mungkin di jalan Allah. Kita sama-sama doakan beliau sihat dan dikurniakan rezeki yang berkat di dunia dan di akhirat. InsyaAllah Amin.




Salam semua sahabat-sahabatklu pengunjung gentarasa,
Maaf sekiranya saya tidak dapat memberi respons kepada semua jejak yang anda tinggalkan. Bukan saya tidak menghargainya, tetapi kerana kesuntukan masa. Date line majalah dipercepatkan, disamping terus merancang untuk menerbitkan sebuah majalah lagi, disamping itu saya ada juga membantu menulis risalah-risalah Ramadan di masjid. Saya tak upaya berceramah, hanya mampu menulis. Di samping itu saya sedang merawat sakit yang berkaitan saraf di tengkuk dan kepala. Kekadang sakitnya terlalu, saya berehat. Semoga itu jadi kifarah dosa-dosa saya. Saya merancang untuk menulis beberapa buah buku tahun ini, selagi ada masa, tenaga dan upaya yang dikurniakan Allah. Insya-Allah, kita akan terus berkayuh mujahadah untuk mendapat taqwa di Ramadan yang mulia ini. Pada sesiapa sahaja yang pernah melintas atau singgah di blog ini, saya doakan kesejahteraan kalian. Semuga Allah membantu kita mengingati-Nya, bersyukur kepadaNya dan memperelokkan ibadah demi kerana-Nya. Amin.

Diambil dari: http://genta-rasa.com/2011/08/07/lapangkan-hatimu-dengan-taubat/

Tuesday, August 9, 2011

terkesima...


Ya Rabbi,
jadikanlah air mataku
di waktu takut denganMu ini
sebagai pemadam api nerakaMu
jatuhnya air mataku
menggugurkan dosa-dosaku

Ya Rabbi
..meski dosaku terlalu banyak..
..Kau masih memberikanku peluang untuk bernafas di muka dunia ini..

..Ya Ghafur..ampunkan hambaMu.

Diambil dari:

oh nooooo, kene ketat2~

Ketatkan peruttt~

Ketatkan tangan~

Ketatkan kakiii~




Kerana Bank tersangattt ketatttttt~



Teringat kata2 ustaz Hasrizal: Untuk sesiapa di jalan ini apabila bertemu dengan rakan sekolah dulu yang lebih kaya drpd kita walaupun kita lebih berpotensi mendapat masa depan yang lebih kukuh, Bersabarlah! Kerana syurga itu lebih kaya.

Suka je kalau menjadi ketat sekali sekala kerana kebergantungan itu sentiasa ada, InsyaAllah, Ameen, Ameen, Ameen Ya Rabbana A'lameen~

Monday, August 8, 2011

Apa perasaan anda apabila...

Apabila anda cuba memberi nasihat di hadapan mata yang memandang, tetapi anda sendiri malas untuk bergerak ke arah nya?

Apabila anda cuba untuk mengubah diri, tetapi dosa di hati masih kekal?

Apabila anda di pandang oleh semua orang seorang yang boleh, sedangkan anda tidak boleh melakukan?

Apabila anda cuba untuk meyakinkan diri, tetapi diri anda tidak yakin-yakin?

Apa perasaan anda??

Setakat ini saya cuba dan berpegang dengan kata-kata ini...

Islah nafsak wadu'u ngairak!