Tuesday, August 9, 2011

oh nooooo, kene ketat2~

Ketatkan peruttt~

Ketatkan tangan~

Ketatkan kakiii~




Kerana Bank tersangattt ketatttttt~



Teringat kata2 ustaz Hasrizal: Untuk sesiapa di jalan ini apabila bertemu dengan rakan sekolah dulu yang lebih kaya drpd kita walaupun kita lebih berpotensi mendapat masa depan yang lebih kukuh, Bersabarlah! Kerana syurga itu lebih kaya.

Suka je kalau menjadi ketat sekali sekala kerana kebergantungan itu sentiasa ada, InsyaAllah, Ameen, Ameen, Ameen Ya Rabbana A'lameen~

Monday, August 8, 2011

Apa perasaan anda apabila...

Apabila anda cuba memberi nasihat di hadapan mata yang memandang, tetapi anda sendiri malas untuk bergerak ke arah nya?

Apabila anda cuba untuk mengubah diri, tetapi dosa di hati masih kekal?

Apabila anda di pandang oleh semua orang seorang yang boleh, sedangkan anda tidak boleh melakukan?

Apabila anda cuba untuk meyakinkan diri, tetapi diri anda tidak yakin-yakin?

Apa perasaan anda??

Setakat ini saya cuba dan berpegang dengan kata-kata ini...

Islah nafsak wadu'u ngairak! 

Thursday, August 4, 2011

Soal tabarruj......itu

Apabila berkata tentang soal tabarruj itu, tiadalah ilmu untuk di perkatakan. Lalu entry ini lebih kepada bicara hati sendiri dan pendapat rohani, maka mungkin ianya juga akan di persoalkan kerana hal ini datang dari hati ini, bukan ilmu yang telah di dalami.


Teringat nafas hidayah pada awal tahun ini, perkara pertama yang di buat adalah menukar penampilan, membeli 4 skirt dengan tekad untuk memakainya, membeli baju labuh beberapa helai untuk memakainya nanti di bumi kanggaroo ini. Juga mula mencari inner untuk di pakai sebagai pelindung leher untuk tudung bawal yang sememangnya jarang. Berubah luar mungkin kerana daging hati ini tekad. Mungkin juga kerana diri ini faham bahawa apa tuntutan Allah terhadap seorang wanita Islam, maka di lipat nya jeans yang ketat2 itu dan di masukkan kedalam almari sedalam-dalamnya. Di sangkutkan baju-baju yang bunganya berlebihan untuk di pakai dan yang mana jarang di masukkan di dalam wardrobe. Yang mana tangan tiga suku, di masukkan kedalam almari, di gantung di situ, supaya ianya di tinggal di situ seorang diri.  


Maka yang ada hanyalah beberapa baju labuh dan skirts, juga baju kurung. KOSONG. ini bukan almari saya. ***negh3*****Hanya SENYUM~

hati itu dan hati aku jauh!


Aku tahu aku semakin menjauh, 
dan aku tidak tahu untuk mendekat, 
mungkin kerana hati ini sudah nekad, 
mungkin juga hati ini sudah banyak berkarat,
untuk menjadi rapat,
dan aku tahu aku larat,
oleh itu aku tekad!

Bersabarlah nadia mustafa!


Wednesday, August 3, 2011

Rasa awal Ramadhan



Sudah masuk 2 hari berpuasa, dan hari ini hari ketiga, setakat ini alhamdulillah checklist semua tersusun. Tetapi pagi tadi gagal dalam membaca almathurat kerana mengantuk yang amat sangat disertai dengan readings yang tidak habis di baca sebelum tutorial hari ini. Sentiasa akan rasa bersalah kerana gagal mempertahankan jadual waktu beribadah walaupun membaca al-mathurat itu adalah sunat di kerjakan. Tetapi untuk tidak membaca pada hari ini di bulan ini, Allah alangkah rugi diri ini. 

Mula kembali menyemak jadual hidup. Penuh! Penuh! Penuh! Sungguh. Betulllah kata Hasan Al banna. "Tanggungjawab kita lebih banyak daripada masa". Jika benar tanggungjawab itu banyak, tetapi kenapa sempat juga aku tidur selepas sembahyang tadi? Astagfirullah.

Di sebabkan rasa tak sedap hati duduk di dalam bilik, aku siapkan diri dan keluar dari rumah. Angin winter di luar rumah memang menggigit tulang. Namun, ia tidaklah sejuk seperti di melbourne dan sydney. Hanya sepoi-sepoi winter. Dengan tiada tempat di tuju, aku terus datang ke sini, di mana tutorial class akan di buat. Aku seorang yang mempunyai masalah pathological fear of time. Itu memang jelas. Jika mereka yang tidak kenal siapa aku dengan lebih dalam, mereka mungkin berasa lemas bersama dengan ku. Dan itu terbukti. Banyak kali.