Thursday, March 10, 2011
Friday, March 4, 2011
Bila berubah~
mode: rasa sunyi, homesick mula mencuak~
lepas asar, dlm bilik, dan agak letih~
bukan senang untuk berubah~
hati mesti bersih sebersihnya
jiwa mesti suci
iman kene diperbaharui
nafsu kene tolak
ibadat kene istiqamah
itu dari dalam ke luar.
jika di luar ke dalam
Thursday, March 3, 2011
'Dont be sad' by 'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni
Seperti biasa memandang tingkap yang kecil ini, kedengaran bunyi hujan. Alhamdulilah, akhirnya hujan juga bumi brisbane ini. Kehadiran summer memang agak panas di sini, panas nye panas kering, sangat berhaba rasanya satu rumah, tapi apalah sangat panas summer di sini dengan summer azab di akhirat di sana. Allah sahaja yang tahu. Allah~
Terpandang buku 'Dont be sad' by 'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni. Penulisan yang cantik tapi masih belum sempat di habiskan. Masa yang semakin sempit, makin dikejar, makin kuat minit-minitnya berlari, dan akhirnya meninggalkan buku yang telah di baca separuh di atas rak buku.
Di ambilnya buku dan kembali membacanya. Membaca dan teruskan membaca.

buat mata yang berfikir.
betul! bukan semua boleh nampak apa di sebalik itu dan ini,
hanya sesetengah mata yang berfikir.
Dan kadang2 kita tiada
mampu untuk bersuara kerana kebanyakkan mata di kaburi
oleh keseronokan.
Tetapi di mana islam jika kita yg tak ambil
sepenuhnya?
Dan siapa lah kita? Hanya suara hati yg menjerit. tiada gema.
Dan kita juga terjatuh kadang-kadang
'How often do we look but not really see?' -Preece &
Chynoweth-
Wednesday, March 2, 2011
Telah ku pilih jalanMU
Kadang-kadang ingin sekali kembali bersuka ria dengan si dia,
gelak ketawa bersama mereka,
membuang masa bergosip di sini sana,
usik mengusik antara si teruna dan si dara,
Tetapi semua terbatas
Kerana telah nampak, semua karut marutnya.
Dan kerana telah ku pilih JalanNya.
Tuesday, March 1, 2011
1 March 2011
Alhamdulillah~ Hari ini sempat lagi saya bernafas di muka bumi ini, menjalani hidup seperti biasa, beribadat dan juga menjadi khalifah di dunia ini, menjadi sebaik-baik manusia yang termampu. Sempat meninjau disebalik tingkap, melihat kehijauan daun-daun di balik pokok-pokok. Bilik yang kecil ini mempunyai sebuah tingkap yang menjadi teman saya melihat kejadian Allah, Sangat bijaksana dan Sangat Berkuasa. Pokok-pokok yang seolah-olah berebut untuk meninggi merebut cahaya matahari dan seolah-olah berzikir-berzikir memuji kekuasaanNya. Alhamdulillah~
Saya seperti mendengarnya. MasyaAllah. Sesungguhnya mereka adalah muslim, makhluk yang meyerah diri kepada Tuhan yang Maha Mencipta.
Hari ini juga pertukaran musim di sini, musim autumn, musim luruh. Musim yang gloomy, sebulan dua selepas ini akan kurang cahaya matahari dan segala-galanya akan menjadi suram sebentar. Paginya mungkin ada cahaya matahari dalam pukul 4.30-5.30 pagi. Saya suka akan waktu subuh, di mana matahari mula menyelinap ke muka bumi. Di waktu itu terasa akan kenikmatan menduduki muka bumi, terasa dunia ini akan hidup panjang tapi tidak tahu kesudahannya, dan halusnya nyawa manusia kerana kita akan bersilih pergi dan bersilih ganti.

Subscribe to:
Posts (Atom)